Ahad, Disember 29, 2013

Prof Ungku Aziz mengenai rajin dan malas


Kata-kata nasihat Professor Diraja Ungku aziz yang elok jadi pedoman dan tauladan buat kita semua.

Wow! Rajin jual orang, suka niaga unta - untung


Sabtu, Disember 28, 2013

Ikan pun tak mahu bayar toll


Kisah ikan cuba melompat ke darat di pantai Tambisan, Lahad Datu menjadi sebaran dalam sosial media hingga dilaporkan akhbar beberapa hari lepas. Penduduk kampong mengambil peluang mengaut ribuan ikan tamban yang jatuh ke riba.

Ia seperti kejadian di Acheh sebelum berlaku Tsunami, namun tiada tsunami dilaporkan tetapi hanya gempa bumi skala Richter 5.7 di Pulau Mariana, timur laut Filipina.

Ada pihak pula kata-kataribuan pengganas Sulu telah berjaya menceroboh masuk ke Lahad Datu dengan menggunakan ilmu hitam untuk menjelma sebagai ikan. Apabila gagal kembali balik jadi manusia, mereka terdampar di pantai untuk dipungut dan sedap digoreng.

Pihak lain berkata fenomena ini disebabkan faktor berlainan.

Jumaat, Disember 27, 2013

Ni pun kena GST ke?


GST dijangka akan mula dikuatkuasa pada tahun 2015. Cukai tersebut akan menggantikan SST yang sedia ada. Tujuannya adalah untuk mengembangkan jala pungutan cukai dari hanya berasaskan pendapatan. keuntungan dan eksais.

Husin tak tahu senarai barang GST. Hanya fahamkan ia melibatkan produk dan perkhidmatan yang ada "added value" dan bukan barangan asas. Daun Ketum yang dijual di Tesco kena GST juga ke?

Wow! Barang haram jadi halal kerana GST

Khamis, Disember 26, 2013

PAS dan hukum-hukumnya ... Biarkan! Biarkan!


Tak lambat untuk Husin nak ucapkan Merry Christmas kepada pembaca-pembaca berugama Kristian.

Haaa ... pasti ada pihak akan kata haram dan syirik mengucapkan Merry Christmas. Kononnya sebab Christmas adalah perayaan ugama maka mengucapkan adalah salah.

Pihak yang kuat mengatakan dan menyebarkan pandangan ini adalah puak-puak yang berparti dan berjiwa PAS.

Khamis, Disember 19, 2013

Ajaran sesat umpama ....


Kisah pembunuhan pegawai JAKIM Pahang oleh pengikut ajaran sesat Tuhan Harun dan tudhan syiah dari Dato Ahmad Zahid Hamidi terhadap Mat Sabu hanya menimbulkan pelbagai isu tentang ajaran sesat.

Husin sembang dengan kawan-kawab berkenaan hal Tuhan Harun dan syiah dengan kawan-kawan.

Leman: Husin, kau tahu tak? Aku heranlah orang-orang boleh ikut ajaran sesat macam Tuhan Harun. Takkan mereka tak sedar macam mana satu Tuhan boleh duduk atas Wheel Chair?

Husin, Ghaffar: Kah kah kah ....  

Leman: Macam dahulu tu, Ayah Pin dianggap ada pelbagai power dan duduk dalam kerajaan langit dalam teko. Macam mana orang boleh percaya?

Rabu, Disember 18, 2013

Sajak buat Menteri-Menteri Negeri Pasir Berdengung


Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadapi setiap hari

Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia

Selasa, Disember 17, 2013

К∂ω∂Ν ....


Kata mak, К∂ω∂Ν tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.

Kata abah, К∂ω∂Ν tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.

Kata atuk, К∂ω∂Ν tu seperti air, terus mengalir.

Kata nenek, К∂ω∂Ν tu bak bulan, dipuja disanjung tapi nun jauh di sana.

Jumaat, Disember 13, 2013

Bersembang di Kelebang


Beberapa hari lepas, Husin berada di Kelebang Melaka untuk berziarah. Berjumpa kawan-kawan di  sebelah di sebuah warung usang ditepi sepanjang pantai Kelebang. 

Gossip politik ... apa lagi?

Ajack: Sial lahanat lahabau kau, Husin. Lama tak nampak batang hidung kau. Tak dengar kabo tiba-tiba muncul ajak minum di sini. Aku ingat kau dah mati.

Husin: Hehehe ... dengar makian kau ni betul buat aku sedar aku dah berada di Melaka.

Ajack: Hangin apa bawak ko ke Kelebang ni?


Khamis, Disember 12, 2013

Pemimpin dan isteri


Wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Affandi Zahari sokong isteri Perdana Menteri guna jet eksekutif kerajaan.

“Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak akan tanggung sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?” kata beliau.

"Dia sayangkan isterinya, tidak seperti lelaki-lelaki lain.”

Rabu, Disember 11, 2013

Adegan di rumah pengundi Fuziah


Sebuah adegan di rumah pengundi Fuziah Salleh sebelum air naik. 

"Abang! Abang! Air sudah naik masuk rumah...!" teriak si isteri.

"Ye ke? Sabar dulu ... Abang tengah cuba talipon YB Fuziah. Nak beritahu dia. Penting sekali kasi tahu dia Kuantan nak banjir," jawab si suami.

"Keluarga kita nanti dulu. Utamakan beritahu YB."

Selasa, Disember 10, 2013

Orhe Kelate mentafsir bajir


Banjir yang melanda Terengganu, Pahang dan Johor merebak juga ke Kelanatan tapi sekejap saja dah reda. Maklumat dari MyMassa memberitahu Kelantan sudah bebas dari banjir dan mangsa-mangsa banjir sudah pulang ke rumah masing-masing.

Pasti ada orang Kelantan yang menebal sekali PAS dalam jiwanya akan kata ini semua berkat Tok Guru. Kelantan sudah lama tak mengalami banjir besar dan sekali-sekali banjir pun sekejap.

Begitulah orang kalau dah taksub.

Isnin, Disember 09, 2013

Tahun kuda menunggu Guan Eng


Dalam tulisan Joceline Tan pada tahun 2010, Lim Guan Eng dilahirkan pada tahun lembu. "Ong" dia begitu baik hingga dia boleh menunggang harimau.

Nasib si lembu begitu baik hingga selama beberapa tahun ini, tak ada apa salah dia yang boleh memakan diri.

Persoalannya selama mana dia boleh terus bertindak seperti Tokong:

Isnin, Disember 02, 2013

Pasti ada hangguk kata kenaikan kadar elektrik tak beban pengguna


Berita terkini menyiarkan kadar elektrik diumumkan naik 15 sen setiap KwH.

Pasti ada kepala hangguk akan kata kadar baru elektrik tak beban pengguna. Mungkin ada yang tak terbeban dengan hanya kenaikan harga elektrik tapi seperti juga bila harga minyak dan gula dinaikkan, semua peniaga naikan harga barang.

Akhirnya terbeban juga akhirnya.