Jumaat, November 29, 2013

Snow White, Pinochio dan Superman jalan ke pekan


Suatu hari dalam dunia fantasia, Pinocchio, Snow White dan Superman sama-sama keluar berjalan-jalan ke pekan.

Tiba-tiba terserempak satu papantanda tertulis, "Peraduan ratu cantik untuk gelaran wanita tercantik di dunia."

Snow White kata, "Saya nak masuk beradu."

Lepas selan dua , Snow White keluar dan lain-lain tertanya, "Amacam?"

"Tempat pertama," Snow White beritahu dengan senyum.

Ketiga-tiga teruskan jalan-jalan lagi dan jumpa pula papantanda "Peraduan orang terkuat di dunia."

"Saya nak bertanding," kata Superman.

Dalam sejam, Superman keluar dan belum kawan-kawan bertanya dia sudah beritahu, "Tempat pertama la ... Adakah kamu persoalkan kekuatan saya?"

Ketiga-tiga rakan berjalan lagi di bandar dan jumpa pula papantanda "Peraduan! Siapa kaki temberang paling hebat di dunia?"

Pinocchio dengan yakin berkata, "Oh ini mesti aku punya bahagian!"

Setengah jam kemudian, dia keluar dengan tangisan.

Rakan-rakan semua bertanya kenapa. Dengan tangisan dan rasa marah, Pinochio bertanya, "Siapa lahanat si Anwar Ibrahim ni?"

Sabar Pinochio....

Dah jelas tertulis dalam dokumen mereka pun, dia boleh temberang dan ada yang percaya. Baca Akar Umbi di sini.


Wow! Boleh jual unta dan pembelinya sekali.

4 ulasan:

jebat berkata...


Salam Takzim, Tuan Haji.

P.K.R. Pakar Klentong Rakyat

jebat berkata...


Maaf tuan haji,

Haji Husin pakar jual minyak (temberang) unta.

Jual Haji Husin lagi untung dari jual auta.

He he he he

jebat berkata...


Salam tun haji,

Ente marah ke ?

Senyap jer apa hal ni ?

Tanpa Nama berkata...

bukan marah la.malu........