Rabu, November 28, 2012

Tuan Sadiq mula muncul


"Kita berjaya menghadapai dan menyelesaikan masaalah segera sebelum menjadi isu utama," kata Tuan Sadiq dalam ucapannya baru-baru ini tentang kejayaan BN menyatukan rakyat berbilang bangsa.

Yang ini, Husin setuju. Tapi 6 tahun terlalu lama untuk selesaikan masaalah yang dah jadi masaalah utama hingga kini.

Tuan Sadiq yang baru-baru ini mula muncul memberi pelbagai ucapan di sana sini turut menyatakan sistem kehakiman yang kuat perlu bagi membenteras rasuah.

Ketika zamannya, dia telah menaikkan taraf BPR dari sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri menjadi Suruhanjaya Bebas. Namun namanya agak tercemar kerana menantu yang jadi Penasihat.

Dan ketika pentadbirannya juga di bayar hakim-hakim besar tanpa sebab musabab dan asas melainkan hanya tuduhan yang belum disahkan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Akibat dari kelemahannya, Bar Council menjadi besar kepala dan bukan lagi badan profesyenal mendokong undang-undang tapi NGO hak asasi manusia dan mahu jadi penentu mana satu undang-undang yang mereka mahu ikut dan langgar.

Tuan Sadiq juga membiarkan hingga IFC yang dipelopori Bar Council naik tocang hingga gejala murtad membiak dan kini perempuan Melayu bertudung bernama Nurul Izzah dan rakan2 dalam Sister in Islam menentang syariat tuhan supaya benarkan orang Islam murtad.

Pada tahun 2007, Tuan Sadiq terlepas kata dan kini dipegang orang. Baca sini 

Wow! Terlepas kata dalam tidor ka?

Isnin, November 26, 2012

Bandjarmasin ke Badan Masam


Dalam dunia, ada banyak bandar dan bandaraya yang namanya ada bandar.
Di Pahang ada Bandar Pusat Jengka yang kini bergelar Bandar Tun Razak.

Di Cheras, ada taman juga bernama Bandar Tun Razak.

Manakala, di Kajang pula ialah Bandar Tun Hussein Onn. Bandar Sunway lagi ... dan lain-lain taman perumahan.

Di Johor, ada Bandar Tenggara.

Di Perak Tengah, ada Bandar Iskandar

Di Brunei, ibu negaranya Bandar Seri Bengawan.

Di Iran, pelabuhannya bernama Bandar Abbas.

Di Sulawesi, Indonesia, tidak ada Bandar, tapi Bandjarmasin

Di Ampang, ada Badan Masam. Bukan bandar atau taman, hanya wakil rakyat PKR, Zuraidah Kamaruddin.
Hmmm ... akhir-akhir ini, diam saja Mak Lampir.

Apa salah berbanggalah dengan dirinya sebagai anak imigren dari Bengkulu yang hijrah ke Singapura, lalu pilih warganegara Malaysia dan dapat naik dari penjual ubat ke ahli Parlimen dan kini ada 4 kereta mewah. [Baca Sel13.com sini.]

Selalunya dialah tuduh orang macam-macam sampai pernah guna surat palsu buat tuduhan PATI, sedangkan dirinya pun pendatang asing dan berkod IC 71.

Wow! Lagi untung auta orang dari jual unta

Rabu, November 21, 2012

Pemimpin Bajau di Langit?


Husin sedang bercuti di Sabah.

Sambil-sambil bercuti, jumpa-jumpa kawan untuk tahu perkembangan di Sabah. Hebat rupanya Anwar Ibrahim. Bukan hebat gagasan atau wawasan tapi hebat temberang.

Satu Semenanjung Anwar jaja macam real dia dapat ramai ikut lompat. Padahal tiada apa-apa berlaku di Sabah. Malah dengarnya dia sedang pening untuk kekalkan kelentongnya mengenai Sabah di Semenanjung.

Perbincangan dengan pelbagai pihak tidak bertemu hasil. Strategi politik dan temberang tak menjadi. Hanya Dato Lajim Ukin dan lima yang lain tersilap percaya akan akhirnya naik jadi Ketua Menteri.

Politik Sabah bukan senang untuk faham, bah!

Sabtu, November 10, 2012

Pengamal ayat kerusi


Apabila Nurul Izzah sebuta Melayu sepatutnya bebas berugama seperti orang bukan Melayu bebas berugama, takkanlah maksudnya orang Melayu tak bebas dalam amalan agama Islam.

Dalam konteks soalan yang ditanya kepada Nurul oleh seorang peguam aktivis hak asasi manusia Melayu bernama Siti Kassim, maksudnya jelas. Tapi Husin cadangkan anda baca tulisan YB Dato Zulkifli Nordin di sini.

Husin tak mendalam dalam pemahaman ugama dan Quran tapi tahulah sedikit-sedikit dari belajar bapak ana yang merupakan seorang Imam dan Naib Kadhi.

Hairan Husin apa perlu orang Islam sibuk sangat nak jadikan Islam sama dengan ugama lain. Apa perlu kita lihat Islam dari kacamata orang bukan Islam? Apa perlu kita terima pakai cara-cara pemikiran dan weltanschauung dari barat?

Isnin, November 05, 2012

Rais bohong ala zaman Wayang Pacak


Zaman kecil-kecil dahulu, satu acara yang Husin gomar bilo balik kampung adalah tengok wayang pacak dari Unit Wayang Gambar, Jabatan Penerangan. Ia dipanggil wayang pacak pasal skrinnya main pakai pacak kayu batang pokok atau buloh.

Padahal Husin duduk di bandar dan rumah ada TV. Setiap kali balik kampung rumah Dato dan ada wayang pacak datang ke kampung, Husin seronok untuk turut serta.

Bukan pasal wayangnya pun, selalunya drama RTM ajo, tapi seronok duduk ramai-ramai atas tikar dengan sepupu-pupu dan pakcik makcik serta jiran tetangga yang kebanyakkannya kaum keluarga sama-sama bentang tikar tengok wayang atas padang.

Lecehnya adalah tongah babak-babak yang best best dan suspens, maso tulah tayangan tergendala. Ado sajo alasan. Masaalah projector lah apo. Sambil itu, kono donga kojap ceramah Jabatan Penerangan.

Wayang free kono lah donga iklannya.

Sabtu, November 03, 2012

Hikayat 'Sadik Sigaraga' bersambung: Enggan letak jawatan


Husin teringat Hikayat Sadik Sigaraga lama yang mengisahkan seorang menantu menjual begitu banyak harta negara hingga rakyat marah kepada ayahanda mertuanya.

Serupa pula macam kisah saudagar penipu bernama Sadik Sigaraga dalam cerita P Ramlee. Cuma kelainan sedikit adalah si Penasihat dengan Menantu orang yang sama. Menantu pula bukan jual harta bapa mertua. Akhirnya ayahanda letak jawatan akibat dari tekanan rakya.

Nampaknya Hikayat lama Sadik Sigaraga boleh disambungkan.