Jumaat, Disember 31, 2010

Biasalah tu ...

Hehehe ... ingat tak sini?

Baca kisah atas sini.

Khamis, Disember 30, 2010

Juara rakyat


RBF mengesahkan seseorang yang bernama Haji Shukri Suratman tweet Anwar, katanya,
Cameraman tak patut, ambil gambar safee sali sedang tonggeng...

Yang membuatkan RBF tak boleh tahan adalah kerana Anwar jawab apa yang ditweet oleh Shukri. Cara jawapannya pula macam orang yang angin satu badan.

Kata Anwar,
Nama (saja) haji, (tapi) kaki fitnah,fasiq
Itulah yang membuatkan RBF ketawa sampai sakit kepala. Dia sungguh tidak sangka, orang yang digambarkan hebat macam Anwar boleh termakan provokasi rakyat biasa. Sudahlah dia termakan provokasi, jawapannya agak kebudak-budak

Husin rasa RBF tak patut ketawakan Anwar begitu. Dia hanya membela rakyat yang dianiayakan kerana menonggeng.

Cuma Saiful saja dia tidak bela. Kisahnya masa Mahkamah dibawa ke bilik kejadian, Karpal Singh suruh Saiful tunjukkan aksi dihadapan hakim, peguam-peguam dan Anwar.

Wajah Anwar tidak langsung tunjuk simpati melihat Saiful menjatuhkan maruahnya menonggeng dan meniarap atas lantai dan tepi katil.

Sebab wajah Anwar tunjuk dia teringin ... Juara rakyat.

Selasa, Disember 28, 2010

Satu perbualan talipon


Kring kring kring ...

"Hello ..."

"Helo ... Apo koba?"

"Apo maksud tu?"

"Sajo talipon ..."

"Kenapo sekarang baru nak sajo talipon? Selamo ini takdo nak talipon."

"Sajo nak talipon. Nak tahu. Sihat ko. Anak-anak macam mano?"

"Sihat ..."

"Baguslah ... Alhamdulillah."

"Apo lagi hal aku yang tiba-tiba ko nak tahu?"

"Takda ... Lain kali boleh talipon tanya kaba?"

"Talipon la ...."

Bondo tak kono, talipon pun tak boleh.

Selasa, Disember 21, 2010

Sarawak goyang


Biro Politik UMNO mengadakan mesyuarat pada petang pukul 5 semalam. Seperti biasa, ianya dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hadhir ialah Timbalan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib-naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan Setiausaha Kerja UMNO serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri-negeri.
Najib: Saya ada hanya satu jam untuk mesuarat ini. Dalam satu jam ini, saya nak dengar briefing tentang perkembangan di setiap negeri-negeri. Sebelum kita mula, ada apa-apa nak ditimbulkan oleh ibupejabat?

(Semua diam saja. Timbalan dan Naib Presiden semua lebih nak bincang hal negeri-negeri.)

Najib: Shahrizat? Khairy? Rosnah? Kalau tidak ada apa-apa kita boleh mula?

Ahmad Maslan: Saya ada Dato Seri.

Najib: Ringkas saja Ahmad.

Ahmad Maslan: Ya Dato Seri. Ini bukan mengenai aturcara saya sampai 16 tempat untuk pergi stiap hari pada hari minggu. Hanya untuk makluman mesyuarat.

Sudah 11 bulan dari Januari ke November, pihak Penerangan UMNO sudah menjalankan program Juara Rakyat terbanyak dalam sejarah. Tapi atas permintaan Dato Seri dan juga sebahagian dari strategi, kami kekal dengan cara low profile. Kesannya sudah kelihatan.

Najib: Terima kasih Dato Ahmad Maslan. Macam mana awak buat perbandingan sebagai paling banyak dalam sejarah?

Ahmad Maslan: Oleh kerana ia pertama kali dijalankan, setiap kali ada program kami menempa sejarah.

Najib: Hahaha ... baik jawapan awak. Bailah kita mula dengan Dato Gani. Macam mana prospek kita di Tenang?

Gani Osman: Kami rasa tidak ada masaalah.

Pecahan kaum di Tenang adalah kurang sedikit 50% Melayu dan Cina lebih sedikit dari 38%. Kawasan Parlimen adalah dipegang oleh anak Dr Chua Soi Lek. Kita tidak lihat ada masaalah sini. Tempat ini adalah kawasan tradisi UMNO. Masaalah calun tiada di Labis. Arwah dihormati oleh semua termasuk pihak penyokong pembangkang.

Lawan tradisi adalah PAS. Salah satu nama yang disebut-sebut adalah Mazlan Alimin tetapi dia tidak ada base di situ. Ada empat calun lain yang kuat-kuat di kalangan mereka. Saya rasa mereka akan ambil calun tempatan. Kalau Mazlan Alimin, nampaknya ia akan jadi pertandingan antara Mazlan Alimin dan Dato Ahmad Maslan.

Najib: Kalau isu Felda, proksi saya juga.

Gani Osman: Betul.

Najib: Baik ... Shafie?

Shafie Apdal: Kami hanya nak komen tentang pilihan Ketua Perhubungan Negeri yang baru. Walaupun mempunyai ramai penyokong dikalangan Ketua-Ketua Bahagian tetapi Mahadzir Khalid tidak sesuai untuk pegang.

Kita perlu konsisten. Sebagaimana Khir Toyo tidak mahu pegang jawatan Ketua Perhubungan dan tiada lagi ada keinginan untuk menebus balik jawatan Menteri Besar Selangor, begitu juga untuk Mahadzir Khalid.

Kalau setakat penerimaan rakyat dan pengundi, mereka lebih mahu pada Mukhriz. Jika Mukhriz, ada prospek untuk menang. Orang lain susah untuk pengundi mahu kembali ke UMNO. Orang UMNO pun tak mahu Mahadzir Khalid atau Johari Baharum.

Isunya Dato Seri kena kasi senapang gajah untuk Mukhriz. Tanpa senapang, kita boleh berhadapan dengan masaalah dari Ketua2 Bahagian.

Najib: Saya faham dan sudah buat keputusan. Sebelum kita ke tempat lain, bolehkah saya tahu bagaimana perkembangan di Sarawak? Ku Nan?

Tengku Adnan: Goyang Sarawak, Dato Seri.

Najib: Macam mana boleh goyang? Baru minggu lepas saya dapat laporan agensi kata Tan Sri Taib Mahmud is in control of the situation.

Tengku Adnan: Bukan Dato Seri, ada tempat di Sarawak dah lama tidak goyang. Dua tiga malam ni sampai bergegar ...

Najib: Oh itu ....(sambil tersenyum). Itu patut dianggap berita baik.

(Semua ketawa)

Tengku Adnan: Selingan sedikit. Sekarang kita bincang mengenai politik pula ....

Sabtu, Disember 18, 2010

Ide Sanusi yang tidak menjadi

Orang-orang muda pasti masih ingat Tan Sri Sanusi Junid yang merupakan seorang Menteri Pertanian yang kreatif pemikirannya.

Kalau tidak ingat masa dia Menteri, pasti ingat dia sebagai Mantan President Universiti Islam Antarabangsa.

Untuk mereka yang nak jadi kreatif dan dikenali kreatif macam Sanusi, ada tiga faktor yang membuatnya kreatif.

Pertama, Sanusi kuat membaca buku. Siapa tidak tahu rumah Sanusi punya banyak buku sampai dia kena ada rumah lain untuk simpan bukunya.

Kedua, Sanusi adalah seorang bersikap optimis dan berfikir luar dari kotak. Dia melihat masaalah sebagai peluang dan serangan untuk dipulaih balik.

Ketiga, dia pandai bercerita, berceramah dan menghebah.


Siapa tidak ingat Sanusi dengan promosi kelapa muda? Itu adalah cara dia menyelesaikan masaalah harga kelapa yang terlalu rendah.

Helahnya adalah untuk mengurangkan bekalan kelapa tua dengan mempromosi produk kelapa muda. Secara tidak langsung, Sanusi memulakan hasil tanaman kelapa muda.


Jika hari ini kelihatan pelbagai ulam dan herba di jual di kedai makan, supermarket dan pasar, dia terlibat memperkenalkan ulam sebagai satu hasil keluaran kampung.

Jangan hairan helahnya adalah untuk menjadikan kampung kelihatan bersih dan kemas. Ulam-ulam banyak didapati dan bertempiaran disekitar kampung.

Ada ulam adalah dari bahan sampingan atau sisa pertanian.


Industri ikan, kupang, dan lain-lain makanan laut dalam sangkar terhasil untuk menyelesaikan masaalah kurang tangkapan ikan.

Untuk menyelesaikan masaalah ikan yang berkurangan untuk dikail ikan di laut atau sungai, ikan itu dibela di laut dan sungai.


Tukun tiruan dari buluh, kayu dan tayar-tayar terpakai pun ide Sanusi untuk membanyakkan tempat sehabitat dan pelindung bagi ikan bertelor.

Cuma ide tanam padi atas bumbung tak menjadi sampai diejek orang. Ide bukan bodoh, cuma Sanusi tidak sempat nak hebahkan.


Di Taiwan ia sesuatu yang lazim. Ia adalah lanjutan dari ide tanaman hidroponik. Malahan yield pengeluaran padi atas bumbung adalah tinggi.

Baca kisah ini di China sini dimana bumbung bangunan sebesar 120 metre persegi dapat keluarkan 120 kilo padi.

Pendik dan Husin juga turut kata, Sanusi banyak membernaskan ide yang hebat dan berkesan. Dia dikira seorang penyelesai masaalah.

Haaa ... itu yang orang ingat. Husin lupa beritahu tadi ada faktor keempat kenapa Sanusi dilihat sebagai Menteri berfikiran kreatif. Faktor keempat ialah Sanusi tidak cerita dimana dia gagal.

Maka Husin nak cerita satu peristiwa di mana ide Sanusi hampir gagal kalau tidak diselamat tuhan.


Satu ketika dalam rangka lawatan ke luar bandar, satu ilham terlintas dihati Sanusi apabila semasa melihat pokok labu yang menjalar dan pokok buah kampung bernama pokok Keriang.

Sanusi menyedari buah labu besar dan batangnya kecik menjalar pula. Manakala, pokok keriang pula batangnya besar menegak tinggi dan buahnya kecik saja.

Dia terfikir alangkah baiknya jika buah labu itu berada di pokok keriang dan buah keriang itu berada di pokok Labu. Buah kecik di pokok kecik, buah besar di pokok besar, baru sesuai.


Dalam fikiran Sanusi, pasti lebih banyak buah labu boleh dikeluarkan oleh pesawah-pesawah Malaysia. Pokok keriang banyak dipinggir sawah. Satu industeri makanan dan asas tani boleh lahir dari buah labu.

Macam-macam cara difikir dan dicuba oleh Sanusi tapi belum ada yang mantap hasilnya. Masaalahnya masa itu, teknologi biotek dan genetik belum sehebat sekarang lagi. Kalau ada teknoloji begitu, lama dah Sanusi buat air kelapa rasa macam madu dan ikan kembung rasa macam ikan patin.

Akhirnya Sanusi cuba satu cara dan ada hasil awal. Tapi perlu diperbaiki lagi kajian. Dia tanam pokok labu pada pokok keriang. Kalau berjaya, buah labu akan bergayut-gayut dari pokok-pokok keriang tepi bendang.

Satu hari, Sanusi balik kawasan dan tengok-tengok Jerlun. Dia terasa penat dan baring atas kerusi malas bawah pokok Keriang. Langsung tertidor ...

Tiba2 dia dikejutkan dari lena oleh tujuh biji buah keriang jatuh timpa yang mengena kepala, hidung, mulut, dan dada. Baru dia terpikiaq, nasib baik buah keriang kecil. Kalau besaq macam buah labu, mampuih!!!!

Terus tidak jadi. Itu satu ide Sanusi yang tidak boleh menjadi.

Bagi yang nak mengetahui kisah dan pengalaman Sanusi, baca blog dia sini. Tolong komen. Bila ada yang komen, bersemangat dia untuk menulis.

Khamis, Disember 16, 2010

Ismail Sabri mintak cucur kodok pulak


Dato Ismail Sabri dan Datin ada masaalah kesihatan lalu sama-sama pergi jumpa doktor.

Lepas doktor cek mereka berdua, dia dapati keadaan fizikal mereka tidak ada apa-apa.
Doktor cadangkan, Ismail Sabri dan Datin mula tabiat baru menulis dalam kertas notepad mana-mana benda yang perlu diingatkan.

Mereka setuju betul dengan cadangan doktor.

Waktu malam sedang mereka tengok TV di rumah dan anak-anak hilang masa musim cuti, Ismail rasa lapar. Dia mintak Datin buatkan makanan ringan di dapor.

"Awak nak apa?" tanya Datin.

"Buatkan saya cheese burger dengan air koko panas. Awak tak mahu tulis ke, yang?" Ismail Sabri mengingatkan.

Datin kata, "Takda masaalah, cheese burger dengan koko panas. Tak payah tulis-tulis, saya boleh ingat."

Ismail Sabri menambah, "Ya, letak sedikit serbuk lada hitam pada burger dan air koko guna susu segar. Ikut cakap doktor. Tulislah yang."

Datin meyakinkan Ismail Sabri, "Saya boleh ingat, awak nak cheese burger dengan lada hitam dan air koko panas guna susu segar."

Ismail Sabri angguk sambil menyambung mata ke arah program TV.

Dalam 20 minit, Datin masuk membawa sandwich tuna dan telor, dan air kopi."

Ismail Sabri melihat pinggan dan tidak puas hati. Sambil merenong pada Datin, dia bertanya, "Mana cucur kodok tadi?"

Dua-dua ada penyakit pelupa. Padanlah naik minyak Ron 95.

Dulu Pak Lah dan Shahrir pencen disebabkan naikkan minyak. Pendiklah masa depan.

Selasa, Disember 14, 2010

Kata menentang Ketuanan Melayu

Amboi ... pakaian macam Bendahara Raja.

Sedia bersembah-sembah pulak.


Masa Kamalanathan cium tangan Muhyiddin, dikutuk hamba cium tangan tuan. Sekarang cium pulak. Ambil pulak anugerah gelaran Dato.


Suka pulak berpakaian bertanjak. Alah ... Komunis pun bertanjak?

KATA MEREKA, TAK PERAKUI DAN TENTANG KETUANAN MELAYU?

Ketuanan Melayu itu adalah kedaulatan kuasa Raja-Raja Melayu. Kalau mahu faham, baca blog sini.


Yang ini, masih degil tidak mahu faham-faham. Mana boleh korek punggong dalam Majlis Upacara Diraja?

Isnin, Disember 13, 2010

Perangkap Pak Shiekh

Ana banyak fening lalat.

Semalam ana baca Rocky Bru, itu surat khabar Australia kata istu spy sama spy ... Singapore dan Australia punya dan minit mesyuarat ada kasi spy amerika kata Anwar diperangkap masuk jerat.

Itu yang di terliwat.

Ya Sheikh ... maksud ana, Ya Pak Sheikh ... macam mana ente kena perangkap dan ente tahu tapi ente masuk juga ente punya anu.

Macam-macam ana dok fikir dari sehari semalam.

Takkan macam perangkap mainan kecik-kecik untuk tangkap anak ayam.


Bagaimana ada meliwat dalam sangkar kecik.

Tak akan rupanya macam perangkap tikus?

Tak akan ente nampak keju berlubang, ente sondol juga. Ana tak boleh bayangkan anu Pak sheikh tercepi dalam perangkap tikus.

Mungkinkah rupa macam perangkap ikan?


Mana cukup panjang?

Kalau perangkap beruang, lagi tak lojik.

Hoi terputus anu you, Pak Shiekh.

Ada blog Melayu Bersatu buat lakaran perangkap liwat itu rupa macam ini.


Entahlah Pak Sheikh, ana rasa tidak ada macam ini semua.


Sudahlah Pak Shiekh ... Nice try Azmin, Nik Nazmi ...

Ente masuk perangkap pasai hang memang peliwat. Semua pungkoq perangkap untuk peliwat dan dimasuk perangkap walaupun dia tahu!

Ahad, Disember 12, 2010

Tertangkap di sofa


Ini kisah pasal satu Mamat yang Husin dapat dari satu blog. Lupa kat mana nak kasi pautan.

Minggu lepas, birthday dia.

Dia turun sarapan dengan harapan isteri ingat & ucapkan dengan penuh mesra, "Selamat HariJadi ya Suamiku Sayang". Waktu berlalu, isteriku sama sekali tidak mengucapkan sesuatu! Ya, itulah isteriku!

Mungkin anak2ku ingat, "Besday papa." Tapi tak seorang pun anak2 datang ke meja untuk sarapan. Tak adalah seorang pun ucapkan. Akhirnya dia pergi kerja dengan rasa sedih!

Sampai pejabat, dia masuk bilik. Setiausahanya, Emy yang menyapaku, "Morning Boss, Selamat Harijadi." Terubat kesedihan sebelah pagi tadi. Ingat secretary harijadinya.

Masuk waktu lunch, Emy ketuk pintu bilik dan tanya, "Apakah boss tak sedar sudah masuk waktu lunch? Hari ini kan besday boss, mari kita pergi lunch?"

Wow, sukanya dia. Terus setuju. Emy ini lawa, manja dan menawan.

Mereka pergi lunch berdua. Setelah lunch, Emy memberi cadangan, "Hari ini indahkan b. Tak payahlah ke opis lagi. Kita pegi berseronok saja laa..."

Pucuk dicinta ulam mendatang. Angguk saja Mamat ni.

Emy pulak ajak ke Apartment nya. Mamat ni dah fikir macam-macam kemungkinan.

Setiba di Apartment, Emy pulak berkata, "Maaf tunggu sekejap ye, saya mahu ke bilik tidur untuk menukar pakaian yang lebih selesa. Hari ini agak panas ..."

"Takpe saya sedia menunggu," jawab Mamat ini dengan penuh kegembiraan. Fikiran dah negatif. Lepas ini pasti adegan-adegan ...

Emy masuk bilik tidurnya dan kira-kira 10 minit kemudian dia keluar memabwa Kek Besday yang ternyala lilin dengan diiringi isteri, anak-anak serta rakan kerja, sambil menyanyi "Happy Besday to U."

Tiba-tiba semua terhenti menyanyi ....

... terpakui melihat Mamat ni atas sofa tanpa sehelai benang.

Siapa Mamat ni?

Akhir-akhir ini, ada macam kisah. Ada kisah ADUN lima penggal dengan Ustazah dalam keretapi. Dato Pegawai Khas dengan Timbalan Menteri perempuan.

Adakah mereka ni mangsa terlupa harijadi juga?

Nasib baik masih lelaki dan perempuan.

Rabu, Disember 08, 2010

Bukan Najib kata


Husin berada di Konvensyen BN pada hari Ahad lepas dan dapatlah mendengar ucapan Dato Najib. Ucapan sepenuhnya boleh diperolehi di blog Gomo sini.

Dalam ucapannya, Dato Najib ada menyatakan sesuatu yang meningkatkan pemahaman Husin tentang jalan yang berliku yang sudah kita lalui dalam membina Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan makmur dengan bermacam kepelbagaian:
Kejayaan terbesar kita adalah menukarkan pelbagai kerumitan yang wujud atau “a potential achilles heel” kepada kelebihan persaingan atau “competitive advantage”. Di sini, sama ada kita sedar atau tidak, ia bukanlah pencapaian yang kecil mahupun lazim, sebaliknya ia adalah satu pencapaian yang amat signifikan serta begitu monumental dalam sejarah pembikinan Malaysia.
Meneruskan teks ucapan, Najib kata:
Pendek kata, kejayaan ini begitu mengkagumkan kerana kita tidak mengambil jalan mudah mengamalkan kaedah ‘kawah pelakuran’ atau ‘melting pot’ dalam membina sebuah negara, di mana perbezaan yang wujud terpaksa dikorbankan manakala identiti tunggal perlu pula dicipta. Waima, kita tidak pernah berusaha melenyapkan mana mana budaya, tidak juga pernah cuba menukar asal usul sesiapa. Hatta sampai sekarang ini, masing-masing bebas mengekalkan jati diri.
Maaflah, bahagian yang ini Dato Najib hanya baca. Orang lain yang kata ...

Isnin, Disember 06, 2010

Mesyuarat editor Harakah


Petang semalam Naib Presiden PAS, Dato Haji Mahfuz Omar datang berjumpa penyunting-penyunting berita Harakah di pejabat mereka dekat-dekat kedai Yusof Haslam. Ianya berkenaan perhimpunan bantahan air semalam.

Belum sempat duduk lagi di bilik mesyuarat penyunting berita, Mahfuz sudah bersuara, "Zul ... PAS Pusat mintak tolong ente skit berkenaan perhimpunan tadi."

Zulkifli Sulong ialah Ketua Pengarang Harakah.

"Penyertaan semalam tidak memuaskan. Orang DAP tak turun, PKR tengah perang sesama sendiri .. tak ramai turun. Tinggal budak-budak kita saja yang tergolek-golek kena spray," sambung Mahfuz.

"Apa kami boleh tolong YB?" Zul bertanya.

"Kami mintak hangpa spin skit. Kasi nampak ada lebih dari 10,000 yang kita dok kompang." Mahfuz menerangkan.

"Perhimpunan ini mustahak dari aspek persediaan pilihanraya. Selama ini demo Pakatan Rakyat ramai dan berkesan. Lani tak berapa sangat dan menurun," Mahfuz sambung.

"Memang sudah banyak menurun. Lama kami dah sedar momentum demo dah hilang. Orang ramai dah penat politik. Political fatigue. Yang tinggal orang kita aja." Zul jelaskan.

"Sebelum PRU 2008, kita dapat buat Bersih dan ada pula Hindraf. Kami nak buat yang satu macam tu lagi. Itulah mintak tokong hangpa skit. Untuk jadi penarik program masa depan, tulihlah dalam 15,000," Mahfuz merayu.

"Susah YB nak main-main spin macam ini. Nanti kita kena tibai dengan blog-blog pro UMNO," pengarang Nazri Abdullah berkata.

"Jumlah yang mai tadi pun ada dalam 2, 3 ribu. Budak kami kira dari pukul 11 pakai ketek ketek yang buat kira zikir. Online news pro kita dan agensi antarabansga ada push sampai 5 ribu. Tapi Malaysiakini pun kata 2 ribu saja."

Zul tanya Mahfuz, "Itulah YB ... Macam mana nak spin sampai 15 ribu?"

Mahfuz memberi ide, "Baiklah kalau 2, 3 ribu, hangpa katalah ini macam perang badar. Setiap seorang itu ada satu malaikat bersama. Orang UMNO tak nampak pasal hati depa tak bersih. Kita nampak.

"Dah boleh kata 5-6 ribu."

Zul mencelah, "Jangan buat lawak YB."

Mahfuz meyakin mereka.

"Kalau depa main-mainkan kita, ana cabar atau ajak depa debat. Menteri ... ana usul potong gaji RM10 di Parlimen.

"Lepas tu ... katakan ada jemaah sembahyang zohor, pemerhati, student Universiti, dan wartawan. Semua tu kasi up banyak dalam 2 ribu. Dah dapat ada 7 ribu."

"Setakat banyak tu bolehlah YB. Lebih dari itu ... susah," pengarang Azmi Yusof cuba jelaskan.

"Hangpa pasti pandai nak buat. Ana yakin dengan kebolehan ente semua. Nanti ana cakap dengan Husam suruh selaraskan gaji Harakah," Mahfuz kasi pancing skit.

"Hmmm ... Memang kami biasa buat ni," Zul jelaskan

Sebut selaras gaji, terus biasa buat.

"YB ada idea macam mana nak tambah lagi 7-8 ribu sampai 15 ribu?"

Pening juga Zul dibuatnya. Yang mintak tolong tu Mahfuz. Dia Naib Presiden parti. Takkan tak tolong.

"Ohhh ... itu senang saja ....

"Hangpa laporkan perangkaan ini adalah kiraan sendiri oleh Azmin Ali dan Saifuddin Nasution atas arahan Anwar. Depa hebat ... "


* Gurau saja YB, jangan saman ye. Lama kita tak minum di Thaqwa?

Sabtu, Disember 04, 2010

MEB, model pembayaran tinggi?


Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak semalam melancarkan Laporan Model Baru Ekonomi (MBE) Untuk Malaysia - Bahagian Akhir. Ia melengkapkan pelan hala tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) kepada model pendapatan tinggi.

Tidak sampai sehari. Orang Iban Sibu masih dapat kerja gaji RM16 sehari dari taukeh kilang papan untuk bayar tambang RM10 sehala ke Sibu. Kenaikkan pendapatan masih jauh dari nak dapat dilihat.

Harga minyak dan gula pula yang naik dulu. Awat rancangan MAPEN lagu macam tu?


Depa bunyikan begitu canggih mendodoi. Depa kata selaraskan harga.

Kepala bana Mak hang!

Ngaku sajalah harga barang naik. Kalau nak kata selaras, patut selaraskan harga barang dengan pendapatan. Baru nama selaras.

Husin rasa pelik betoi ... dua hari nak buang undi di Galas, harga minyak naik. Sehari lepas PM lancar Laporan MEB, harga minyak, gula pulak naik.

Harap bunyi canggih-canggih bukan niat orang tentu nak kaburkan mata rakyat yang kurang faham. Niat PM nak dahulukan rakyat, orang ni nak dahulukan siapa?

Wow! Memang untung jual orang dari jual unta

Khamis, Disember 02, 2010

Tak tahu menahu


Ekoran akhbar Sin Chew Jit Poh melaporkan kesediaan Anwar Ibrahim menerima Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri, ia telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.

Orang Cina pasti suka dan kebanyakkan orang Melayu kurang suka kerana DAP yang akan dapat jawatan itu.

Reaksi PAS yang lebih besar, berpengaruh dan kuat jentera ingin ditahu masyarakat. Wartawan pun menyerbu satu majlis yang dihadiri oleh tiga pemimpin al ulamak PAS - Nik Aziz, Hadi dan Azizan.

Sesampai saja Hadi, mereka bertanya. Hadi berkata, "Kami tidak ada bincang perkara ini di mesyuarat Pakatan Rakyat."

Bunyi macam tak suka.

Wartawan pun tunggu Nik Aziz sampai. Nik Aziz lebih licik dan cekap permainan politik. Sampai saja di tanya.

"Saya sedia menerima Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdaan Menteri. Ia tidak bercanggah dengan dasar Islam dan negara," Nik Aziz menjawab.

Langsung sepanjang Majlis, Nik Aziz dan Hadi kelihatan bermasam muka.

Oleh sebab Azizan ada disitu, wartawan turut nak tahu pandangan pihak lain dalam PAS, lalu mereka tanya dia lepas Majlis.

Azizan jawab dengan spontan, "Saya tidak tahu menahu dalam hal ini .... Ini urusan kerajaan persekutuan."

Hai! Mereka bukan tanya pasal bantuan untuk banjir la...

Rabu, Disember 01, 2010

'Level' apa ni?

Ada satu kata-kata orang putih mengenai apa terjadi kepada orang-orang tak layak dinaikkan pangkat atau diberi macam-macam tanggungjawab di luar kebolehannya.

Ia berbunyi:
Rising to the level of incompetence.

Speaking skit naaa.

Bab rising to level ... yang cam gambar bawah ni, Husin mintak diajaq.