Ahad, Mei 31, 2009

Lembu mengawan 5 kali sehari


Kononnya Malaysia telah membuka Pusat Pembiakan Lembu (Cattle Stud Farm) di Australia untuk membekalkan baka lembu untuk Industri Penternakan Lembu Malaysia. Lembu-lembu dari pusat ini di ekspot ke Malaysia untuk digemukkan sebelum di sembelah.

Dato Noh Omar, Menteri Pertanian baru dan isteri di jemput untuk acara pembukaan rasmi. Pusat ini beroperasi selama setahun, tetapi Tok Pa tak sempat nak datang melawat.

Selepas acara perasmian, Noh Omar dan isteri dibawa melawat keliling kompleks tersebut. Seorang pekerja pusat berbangsa Australia telah ditugaskan mengiringi Noh Omar untuk memberikan penerangan. Pekerja omputih ini merasakan satu penghormatan dan menjalankan tugas dengan semangat.

Dia menunjukkan ke arah satu reban dan menerangkan dalam bahasa Inggeris loghat Australia, "Dato dan Datin. Di sini adalah tempat untuk lembu-lembu mengawan. Di pusat ini, lembu-lembu jantan pembiak mampu mengawan sebanyak lima kali sehari ..."

Datin cuit-cuit Dato Noh dan bisik ke telinga, "Awak dengar tu? Lembu mampu sampai lima kali sehari.

"Bukan macam abang ... Tak henti-henti ada program dan balik lewat malam."

Masam muka Noh Omar mendengar isterinya mencabar kejantanannya. Masa macam ini pula dia nak mengomel. Tengah dalam pandangan orang ramai, tak boleh nak marah.

"... Kami aturkan lembu jantam pembiak untuk mengawan dengan lima lembu betina berlainan ...," sambung petugas.

Lantas Noh Omar bisik balik ke telinga isterinya, "Awak dengar pulak, tak? Lima kali sehari dengan lima lembu berlainan. Bukan dengan satu saja."

Suka Noh Omar dapat kenakan balik isterinya. Muka Datin pulak muram.

Walaupun Menteri Pertanian, jangan pulak ikut rasmi lembu. Tak fofesyenal bagi orang Islam mengawan dengan lima orang. Rosolusi bab munakahat benarkan empat saja.

Psttt ... berapa lagi nak cukup empat, Tok?

Jumaat, Mei 29, 2009

Bekas Menteri cari adik kembar di Hong Kong

KUALA LUMPUR Mei 29 – Bekas Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Tan Sri Rafidah Aziz akan berangkat ke Hong Kong dalam usaha mencari adik kembarnya.

Menurut Rafidah, penyiasatan yang dilakukan telah menemui bukti adik kembarnya kini berada di Hong Kong. Adiknya telah dikesan akhir bekerja dengan sebuah syarikat produksi filem dan televisyen.

Gambar: Rafidah (kiri) semasa Persidangan Agung UMNO 2009. Lydia Shum (kanan) pelawak lawak terkenal Hong Kong

Sumber-sumber menyatakan kemungkinan besar adik kembar Rafidah adalah pelakun lawak terkenal Hong Kong, Lydia Shum.

Semasa ditanya wartawan, Rafidah berkata dia diberitahu tentang kewujudan saudara kembarnya beberapa tahun lepas. Usaha untuk mencari adik kembarnya itu tertunda kerana kesibukan tugas.

“Ini mungkin rahmat disebalik saya tidak terpilih menjadi Menteri dan Ketua Wanita. Kini saya dapat menghabiskan masa dengan keluarga dan membuat perkara-perkara yang tidak sempat lakukan seperti ini,” kata Rafidah.

Rafidah akan berangkat ke Hong Kong dalam beberapa minggu lagi.

Beliau memohon sesiapa yang mempunyai maklumat tentang adik kembarnya untuk menghubungi pejabatnya. – Agensi Husin Lempoyang

Nak tengok Minah meRonggeng, tapi terjumpa ...

... entah sapa berbhangra dan berdangdut.




(Tengok di minit 3:30)

Ini kut gambar Kak Minah sedang meRonggeng.


Siap ada sound. Pi dengaq sini. Kalau menang, masuk PKR. Kita jelaskan bill RM80,000.

Siap tak merasa ni orang kesayangan Anwar. Bukan saja calus empat kali ni. Ini kesalahan pilihanraya. Rasuah juga namanya ... menipu pengundi. Lompat parti juga namanya.

Siap Nuar dan Zahrin lupa dulu gantungkan 11 orang sendiri. Zahrin pun dulu kaki dangdut. Mawar Lounge, PWTC. Ana ada. Kawan ajak ikut sama ... taulah.

Hehehe ... Keldaian joget Keldaian. Suka tengok, tak mahu ikutkan.

Khamis, Mei 28, 2009

Canggih tak mahu kalah


Sejak teknologi mikro-cip menjadi keupayaan memori yang besar, dunia elektronik menjadi bertambah canggih dan perubahan itu begitu deras. Begitu cepat kita ketinggalan kerana ada saja produk baru yang keluar dengan ciri-ciri terbaru.

Kisahnya ada tiga wanita pergi ke spa. Dua orang muda dan seorang warga emas.

Sedang mereka sedang berpanasan dan berpeluh dengan hanya bertuala dalam sauna, tiba-tiba terdengar bunyi beep. Salah seorang dari wanita muda itu, menekan di pergelangan tangannya dan bunyi itu berhenti.

Wanita yang lain melihat kepadanya dengan iras muka tertanya-tanya. Wanita muda itu memberitahu, "Itu saya punya pager. Saya ada mikro-cip dalam kulit tangan saya."

Beberapa minit kemudian, terdengar bunyi talipon. Wanita muda yang seorang lagi angkat telapak tangannya ke pipi dan bercakap. Habis bercakap, dia menerangkan, "Itu talipon bimbit saya. Saya ada mikro-cip pada telapak tangan saya."

Wanita warga emas pun rasa rendah diri tetapi dia tak mahu kalah. Dia perlu lakukan sesuatu untuk tunjuk terer pada orang-orang muda ini.

Dia pun keluar bilik sauna untuk ke tandas. Sekembalinya kertas toilet roll tergantung keluar dari bawah tuala bahagian punggungnya. Kedua-dua orang muda ini melentik bulu kening melihat telatah makcik ini.

Menyedari dia sudah mendapat perhatian mereka, wanita warga emas itu berkata, "Oh, saya terima faks ..."

Maka jangan pandang rendah Pak Tih dan Mak Ngah di kampung, mereka itu semua berhubung pakai e-mail dan jaringan friendster yang dibolehkan oleh mikro-cip dalam kornea mata.

Hanya menunggu masa untuk mereka buka blog, facebook dan twitter ...

Rabu, Mei 27, 2009

Pekerjaan tertua di dunia


Seorang doktor, jurutera dan konsultan pengurusan sedang berdebat mengenai perkerjaan mana paling lama di dunia.

Doktor berkata, "Kitab-kitab suci menyebut Hawa dijadikan tuhan dari tulang rusuk Nabi Adam. Ini mesti dilakukan dengan pembedahan. Semestilah pekerjaan paling lama adalah doktor."

Jurutera pulak menjawab, "Tetapi kitab suci ada menyebut bahawa tuhan jadikan alam ini dari suatu keadaan yang agak kucar kacir menjadi tersusun. Pastilah dalam menjadikan alam, ia adalah satu usaha kejuruteraan awam yang hebat. Dengan demikian Tuan Doktor, tuan salah. Pastilah jurutera adalah pekerjaan tertua di dunia."

Dengan penuh yakin dan relaks, konsultan pengurusan berkata sambil senyum, "Sebelum semua ini boleh disusun, siapa yang kucar kacirkan?"

---------------------------------

Kalau nak kasi kucar kacir, bawaklah masuk konsultan. Sudahlah, dia ambil jam tangan kita, beritahu masa dan mengaku dia yang dapat membaca jam. Mereka ini suka memandai-mandai atau ada agenda tersendiri.

Kadang-kadang budak ini hanya kerja setahun dua dan buat projek satu dua. Bunyi seolah-olah dia seorang pakar. Masaalahnya konsultan ini apa yang dicadangkan pun tak pernah berjaya. Cuma pandai cakap saja.

Selalu konsultan buat kajian dan beri analisa dan kesimpulan serta rekomen sesuatu. Cadangan itu dikaji oleh syarikat dan implementasi dijalankan sendiri. Jarang mereka jalankan sendiri kerana takut salah.

Tak cerdiklah konsultan yang nak memandai duduk sebagai lembaga pengarah. Cakap besar yang menyusahkan bos saja dan buat marah orang saja.

Macam mana orang nak percaya kata-katanya untuk mengubah dan memperbaiki keadaan sebagai pengarah syarikat, kadang-kadang biasiswa pun tak bayar. Kantul!

Wow! Nabi sudah kata, berniaga itu pekerjaan yang mulia. Syaratnya cari rezeki halal.

Selasa, Mei 26, 2009

Hak penjagaan macam mesin vending

Alkisahnya, sepasang suami isteri baru bercerai dan tidak mencapai kata sepakat untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Maka mereka pun pegi ke pejabat agama untuk berjumpa Tuan Kadi untuk meminta nasihat.

Tuan Kadi bertanye pada sebelah perempuan, "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?"

Perempuan itu menjawab, "Saya yang mengandungkan anak tu, Tuan. Saya yang melahirkan anak tu. Dia keluar dari perut saya."

Si jantan (suami) terkedu sebenatar kerana dia tahu Tuan Kadhi akan bertanya kepadanya selepas ini. Dia sedang memikir apa benda nak goreng Tuan Kadi ni ...

Sedang dia mengelamun sekejap, Tuan Kadi pun bertanye, "Hah ... kamu! Bagi alasan kamu kenapa anak itu kamu yang patut bela?"

"Tuan .. Kalaulah saya ada syiling seringgit. Saya 'masukkan' dalam vending machine. Lepas itu, saya tekan satu butang pilihan. Keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye Tuan. Air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

Tuan Kadi menjawab, "Hak kamu le."

Jantan itu pun terangkan, "Sama le kes ni ..."

Rasanya Tuan Kadi tak ambilkira macam gitu. Hak penjagaan sepatutnya pergi kepada mereka yang akan bertanggungjawab ke atas harian dan masa depan anak itu. Kelebihan bukan kepada yang ada 'money', tapi yang sentiasa menyayangi anak-anak itu.

Sepatutnya masaalah keluarga macam ini diselesaikan cara muafakat dan bukan dengan pergi ke mahkamah.

Itu yang berlaku dalam kes berlainan ugama. Sama-sama tidak dapat muafakat. Perkara ini kompleks.

Hairannya kenapa penentunya ijmak ulamak yang ahlinya termasuk Syeikh Bernard Dompok dan Al Fathil Koh Tsu Koon. Asasnya pasti bukan hukum syarak. Kenapa yang Islam tak mahu pertahankan hukum syarak? Mana PAS sebagai suara pendesak dalam hal ini? Mana pemimpin yang pernah laungkan "rising tide of Islam"?

Kalau ikut undang-undang sivil, asas adalah amalan kebudayaan dan budaya timur menyebelahi bapa. Itu pun pemimpin Islam semua tak boleh hujah.

Wow! Jual pemimpin tak ada otak dan telor lagi untung dari jual orang dan unta

Ahad, Mei 24, 2009

Berlaku dalam UMNO, berlaku juga dalam PAS


Kata kawan ana, apa berlaku dalam UMNO, selalunya akan ada sikit ikutan dalam PAS. Teorinya senang, pasal macam mana PAS nak auta, mereka tetap Melayu. Ada naluri dan tabiat Melayu itu masih kekal.

UMNO baru saja lepas adakan pemilihan, PAS akan adakan pemilihan yang akan bermula Jun 3hb. Apa pula yang akan diikuti PAS nanti?

Kalau pemilihan UMNO baru-baru ini dikotori dengan politik wang, ada pula desas desus dan dikatakan pula oleh seorang ahli Dewan Ulama akan wujudnya amalan politik "riyal". Riyal pasal ringgit bukan matawang Kelantan.

Ana rasa tidak seteruk UMNO dan bukan mudah untuk politik "riyal" untuk mempengaruhi keputusan. Dalam PAS masih ada kesetiaan, maka kata-kata Nik Ajis boleh memberi kesan.

Orang ramai ikuti politik dalaman tetapi tidak ramai yang memgikuti politik dalaman PAS. Agak susah nak kesan percaturan politik kelompok mereka kerana mereka cepat merapatkan barisan dan menutup apa saja pertelingkahan dalaman.

Antara pelbagai jawatan, pertandingan Timbalan Presiden yang dikatakan paling menarik. Dengan hanya tertinggal tiga saja, ada sudah katakan macam UMNO pula.

Kalau dikatakan dalam PAS, Husam adalah Erdogan dan Nasa pernah rapat dengan Anwar. Pertandingan dalam UMNO pun sama. Mat Taib dan Muhyiddin dahulunya rapat dengan Anwar. Kalau Anwar naik PM, Muhyiddin dikatakan ramai sebagai pilihan TPM. Mat Taib naik MB kerana Anwar.

Selain itu, ada beberapa persamaan menarik. Ketiga-tiga calun, baik dalam UMNO atau PAS, pernah memegang jawatan Naib Presiden. Mat Taib dahulu ditugaskan jaga Penerangan, manakala Mat Sabu pula rajin berceramah. Ali Rastam adalah orang Presiden UMNO ketika itu, dan Nasa adalah orang Presiden kini.

Yang sedang ditunggu-tunggu siapa antara tiga akan akhirnya jadi macam Ali Last Term?

Jumaat, Mei 22, 2009

Macam pengawal keselamatan diberi tali leher dan wisel


Nak cerita atau tidak? Kalau cerita, nanti ada salah faham panggil rasis?

Ah ... lantaklah. Masyarakat yang matang harus boleh menerima sedikit jenaka mengenai bangsa atau apa saja yang berkait dengan diri sendiri. Sedikit humor sebagai buat tauladan dan sempadan.

Ceritanya mengenai UMNO.

UMNO sekarang ini sedang distruktur kembali. Ramailah mereka-mereka yang diberi jawatan dan tugas-tugas baru. Ramailah penyapu-penyapu baru yang nak tunjuk masing-masing sedang bersemangat.

Kalau semangat kerja dengan banyak, tak apa. Ini semangat bercakap banyak. Banyak tak perlu disebut pada akhbar. Sampai yang dicakap tu, bukan-bukan dan menyakitkan hati orang. Ada yang celupar hingga menyalahi undang-undang.

Ini teringatkan ana bila lihat pengawal-pengawal keselamatan yang baru ditukar pakaian seragam. Pengawal-pengawal keselamatan kebanyakkannya berbangsa Melayu dan India.

Ana diberitahu pengawal keselamatan, terutama yang India tak boleh diberi pakaian seragam yang ada tali leher dan diberi wisel.

Act betul mereka ni. Mentang-mentang pakai tali leher, punyalah strict dan tak boleh tolak ansur. Dahlah tu. Tak henti-henti wisel ditiup kepada kenderaan-kenderaan yang keluar masuk bangunan.

Ana rasakan pemegang-pemegang jawatan baru dalam UMNO ni bagaikan pengawal keselamatan yang baru diberi tali leher dan wisel.

Cubalah kurang sedikit cakap dan buat kerja sajalah. Sedar-sedar berjaya.

Wow! Ana tak pakai jaga, tapi pakai dua tukang urut.

Sembang Penanti di warung II


Macam-macam orang bercerita mengenai Penanti. Ada panggil Hotel Demokrasi. Pakar-pakar penganalisa politik masih terus membincangkan persoalan Penanti dengan mengambilkira perkembangan baru ...

Pak Su: Ambo tengok male tadi Astro. Dato Ron dengan Fuziah Salleh. Ron ghoyak PKR mempermain-mainkan demokrasi. Sesuai dema kata ini hotel demokrasi. Bule daftar masuk dan daftar keluar sesuka hati.

Jenal: Bule jugo panggil rumah sakit demokrasi. Dema ni sakit-sakit belaka. Cuma rumah sakit doktor tentuke mu masuk atau keluar.

Pak Su: Betul jugo rumah sakit. Doktor pakarnya Nuar Berahi. Dia soghe bule suruh hok ni masuk, hok ni berenti dan hok ni keluar.

Wok: Tak salah Nuar buak gitu dari segi undang2. Cuma tak beretika dan mempersendakan proses demokrasi.

Tapi yang ambo pelik ni. Nuar die pasa Eli Wong. Tu dia tak suruh berenti. Fairuz di suruh berenti. Alase Fuziah Eli tu mangsa. Fairuz kehendak sendiri tak tahe nok berenti sangak. Sebenarnya ke ... Eli Wong tu ado cerito antara Azmin Ali, Khalid dan Wan Azizah. Penanti ni Nuar nok letok kawe baik Dr Mansor.

Jenal: Mu baca Utuse hari ini? Ahmad Masle ghoyak BN ake boikot mana-mana pilihanraya kecil yang dirancang. Melainke kematie atau perintoh mahkamah. Serupo Bukit Gantang yang mati.

Wok: Mu ni tok soh mulo denge Pak Su lagi ...

Dring ... berbunyi talipon bimbit Wok dan diangkatnya.

Wok: Mualaikum sale. .... Gapo? ... Inna lillahi wainna hi rojiun ... Pukul berapa kebumi ni?

Angguk angguk ... Wok.

Wok: ADUN PAS Manek Urai, Kuala Krai meninggal subuh tadi. Haji Semail Yaacob. Lepah zohor kebumi.

Pak Su: Hai ... Malaikat maut ni banyak kasi masaalah pada Najib. Tak patut Izrael masuk campur hal politik ...

Jenal: Heh Pak Su! Mu ni ... Izrael jale ke perintoh tuhe.

[Kemaskini 8:15 pm: Harap tidak terlambat untuk pohon dihadiah Fatihah untuk Allahyarham YB Haji Ismail Bin Yaakob dan dipohon rohnya diletakkan bersama para suhadah. Terima kasih.]

Khamis, Mei 21, 2009

Sembang Penanti di warung


Minggu ini ramai terkejut dengan keputusan Barisan Nasional tidak meletakkan calun di ADUN Penanti. Macam-macam pandangan pakar-pakar penganalisa politik di warung kopi ...

Pak Su: Malu kito ... Dari 1955 hingga lani, tak penoh Perikate atau Barise Nasional tok letok calun dale mano-mano pilihanraya. Oh malu, malu sungguh!

Wok: Tak bule kecek gitu. Kita tak tahu. Apa cerita sebenarnya, Pak Su? Harap Najib buak keputusan yang betul?

Pak Su: Huh ... apa lagi tak tahu, dema lebih tahu benar ko? Dah umum dan kahabr dalam paper, boleh selalu nilai. Apa langsung dia tahu semua maklumat, dia boleh buat keputusan betul?

Jenal: Itulah mu, Wok. Semua berserah pada pemimpin. Takkan dema tau semuo. Kan Najib kata akan banyak mendengar. Ghoyaklah!

Wok: Buke gitu maksud aku. Ghasonya bijok jugo Najib. Dah tau Nuar Berahi nak main wayang di Penanti. Tiap-tiap bule dia nok pilihanraya kecik. Sambil melemahke BN, dia nok bue oghe-oghe dio. Bila BN tanding pilihanraya, boleh Nuar gasok BN dan dapak lipute surak kaba. Bila gini, kecewo dio.

Pak Su: Gilo ... sene mu kecek. Maruoh mano nak letok?

Jenal: Betul juga. Buak gapo kito habih duik? Penak bade. Dah tau tentu kalah. Penanti tu lubuk PAS dan berada dale Permatang Pauh. Nuar taksih tau kekuatan kito sebena.

Pak Su: Mu ingak ini serupo masa Batu Talam ke? Bila dema tok tanding, lepah tu dema mene lima negeri ...?

Wok: Itulah dia ambo nok ghoyak. Dah tau nak kaloh, buak apa tanding. Usoh tanding. Ado rezeki, pilihanraya umum kito mene balik pulok.

Pak Su: Oh ... molek lah. Oghe kato PRU13 susoh untuk BN. Jadi toksoh tanding PRU13. Harap-harap PRU14 mene ... Bengong!

Jenal: Tanding kaloh, tak tanding salah ... Pak Su.

Rabu, Mei 20, 2009

Jamil, Karim & Rakan-Rakan (JK&R)

Ini kisah dua orang rakan - Jamil dan Karim - yang nak berniaga.

Mereka berdua ini berlatarbelakang dan pengalamanan dalam dunia perniagaan, memang berkebolehan, dan ada sifat-sifat keusahawanan. Macam-macam yang diusaha dan dicuba.

Malangnya, setiap kali ada ide baik, siap kertaskerja dan ready buyer, Bank saja jadi penghalang. Macam-macam cekadaklah diberi alasan untuk enggan memberi pinjaman. Sebenarnya Bank tak yakin dengan orang Melayu.

Kebanyakkan orang berniaga kata sebenarnya pegawai-pegawai Melayu dalam Bank yang tak berkeyakinan dengan diri mereka. Pasal mereka pakai tie, kerja bilik air con dan tiap-tiap bulan dapat gaji, mereka tidak peduli. Kuasa dalam tangan mereka. Buat apa ambil risiko.

Memang letih si Jamil dan Karim. Tapi pasal mereka usahawan, mereka cari juga jalan. Dapat satu idea untuk tubuh sebuah syarikat bernama Jamil, Karim & Rakan-Rakan (JK&R).

Jamil dan Karim menukar imej untuk sentiasa pakai baju kot, pejabat mewah dan moden, dan perhiasan hebat. Profil ditulis dan reka dengan begitu canggih dan meyakinkan. Bila sedia, mereka hubungi syarikat-syarikat luar negeri MNC dan menjemput datang ke Malaysia.

Mereka bawa Mat Salleh bersiar-siar dan ditunjukkan pejabat-pejabat dan bangunan-bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) di merata tempat. Dibawa mereka melihat projek-projek yang telah dan sedang dibuat oleh JKR.


Sebagai usahawan pandailah mereka pasang kaki sana sini dan ramai kenalan. Omputih ni dapat dibawa melihat workshop dan bilik stor JKR.

Boleh percaya omputih ni. Terperanjat dan kagum omputih dengan syarikat JK&R yang menjemput mereka datang ke Malaysia.

Di hari terakhir sekali, Jamil dan Karim menjemput omputih ini ke pejabat mereka untuk memberi taklimat. Mereka terangkan bahawa mereka mempunyai satu projek tertentu yang berbiliyon biliyon di Malaysia.

Walaupun mampu buat sendiri, kerajaan Malaysia mahu mereka buat konsortium dengan rakan niaga luar negara untuk membuat teknologi baru. Teknologi itu mereka sudah ada. Cuma kerajaan lebih yakin dengan omputih dari orang Melayu sendiri.

Mereka perlu dengan seorang saja rakaniaga dan syarikat joint venture itu perlu hanya modal berbayar RM5 juta sebagai memenuhi syarat saja. Jika rakanniaga ini perlukan pulangan segera dalam jangkasamasa pendik pun, mereka sedia lakukan kerana pulangannya baik. Tetapi ini perlu dilakukan segera

Mereka yang sudah terpegun melihat logo JKR merata-rata negara yakin bahawa Jamil, Karim & Rakan-Rakan adalah satu syarikat yang pasti tidak gagal. Tanpa menunggu lagi, mereka menawarkan keseluruhan RM5 juta untuk dimasukkan dalam syarikat joint-venture itu.

Jamil dan Karim enggan menerima semuanya tetapi cukup dengan RM1 juta. Macam baik saja. Nak pulak omputih itu tanpa fikir panjang.

Senang betul berniaga. Buat syarikat nama macam JKR, omputih ingat JKR tu mereka punya. Inilah dia saudagar macam Sadiq Sigaraga.

Mungkin syarikat yang pandai auta macam JK&R saja yang Bank seperti SME Bank yakin nak beri loan. Inilah susahnya bila pemegang saham tak ada nama Noni, Nona dan Nonu, ada saja cekadak.

Wow! Lagi untung dari jual orang dan unta.

Selasa, Mei 19, 2009

Memujuk budak-budak makan sayur

Masa ana kecik-kecik, bapak ana ada satu cara untuk memujuk dan menggalak anak-anak makan sayur. Taulah budak-budak tak suka makan sayur.

"Kalau nak besar kuat macam Superman, kenalah makan sayur ..."
Bila kit amakan sayur, dia puji melambung. Kata kuat. Muscle dah naik. Di situ ana belajar jadi saudagar.

Tapi untuk anak-anak kecil ana, tak boleh guna Superman sebagai model contoh. Adalah superhero zaman sekarang.

Itu pun susah.

Budak-budak sekarang tak berapa makan pujuk. Dia orang cerdik dan tak mudah ditipu helah. Maka sayur-sayur itu kena disorokkan dalam makanan mereka. Samada di kisar masuk makanan atau apa helah lain. Kadang-kadang, dia boleh sedar.

Semalam ada peristiwa yang pasti memberi ide baru untuk ibu bapa nak pujuk dan helah anak makan sayur.

"Kalau nak kuat besar macam Stuntman, makan finger food mama buat ni ...



Belakang tu, digaul-gaul sayur-sayur masa nak buat fingerfood. Selit skit perasa-perasa rempah atau sos yang akan hilangkan rasa sayur.

Contoh Stuntman bagus kerana dia orangnya berani dan bersemangat. Ini ciri-ciri yang baik dibuat contoh anak-anak sekarang. Cuma kena pantau anak-anak ini. Jangan sampai bila besar, anak-anak ini gigit tangan polis pulak.

Wow! Lagi untung jual orang dari jual unta.

Isnin, Mei 18, 2009

"Mali la masuk Cina, nanti lu mati masuk nulaka"

Dulu-dulu masa zaman susah, banyak orang Cina berikan anak kepada orang Melayu sebagai anak angkat.

Maka jangan hairan selalu berlaku dalam adik beradik ada muka lain dari yang lain, kerana mungkin besar anak angkat Cina. Ada orang Melayu pula rupa, stail dan pe'el macam orang Cina.

Selalunya anak angkat ini tahu mereka anak angkat apabila nak nikah untuk kahwin. Mulalah mereka cuba mencari kembali keluarga kandung masing-masing.

Walaupun dapat dikenali kembali, jiwa Melayu dan Islam yang sudah sebati tidak menjadikan mereka kembali kepada budaya keluarga kandung.

Ini kisah seorang anak kepada seorang anak angkat yang sedemikian. Kita panggil saja namanya Juli.

Satu hari nenek Cina Juli meninggal dunia. Maka berkumpul sanak saudara untuk menyempurnakan jenazah, siap dengan berarak satu bandar.

Juli pun ikut berarak dan mengikut pakai baju guni seperti yang dikehendaki keluarga sebelah situnya. Tapi dia tahu dimana yang tidak boleh diikuti sebagai orang Islam.

Juli turut sedih juga kerana walaupun berlainan ugama dan budaya, dia agak rapat dengan nenek. Dia pun agak kesian dengan neneknya yang tua dan duduk keseorangan selalu di rumah.

Maka, dia sedih bukan sedih sebagai tukang sedih professional yang dibayar.

Juli memang meminati untuk mempelajari bahasa dan budaya Cina tetapi tak sempat. Kalau dia bercakap dengan nenek masa dia hidup, dia bercakap bahasa Melayu.

Ini disedari oleh kaum keluarga.

Selepas majlis pengkebumian, seorang dari auntie menghampiri Juli yang duduk di satu sudut.

"Juli banyak sedih hilang nenek ya?"

"Ya, sedih pasal saya rapat dengannya. Nenek baik hati." Jawab Juli.

Masa saya kecil-kecil nenek selalu ikuti kemahuan saya.

"Kami dulu adik beradik sangat sedih masa nenek kasi mami Juli sebagai anak angkat. Apa boleh buat. Masa itu kami sangat susah.

"Bila mami Juli cari balik keluarga, kami sangat gembira. Tuhan Alah sudah bukak jalan balik kepada kami sekeluarga."

"Arwah Mak cari balik keluarga kandung selepas dia tahu dia anak angkat masa nikah dengan kahwin dengan ayah. Dia mahu mengenali keluarga kandungnya." Juli terangkan.

"Auntie tengok Juli banyak rapat dengan nenek dan mempelajari bahasa dan budaya Cina. Kami semua harap Juli, satu satu anak kakak Mei balik la semula jadi Cina."

Tersentak Juli dengar tapi dia tenang saja. MInat nak dengar apa yang akan dikatakan.

"Kami sekeluarga banyak susah hati. Sudahlah kakak Mei mati dalam Melayu. Kami tak dapat selamatkan. Sekarang kami mahu selamatkan Juli. Mali la masuk balik Cina. Nanti lu mati masuk nelaka..."

Nak tergelak nanti menyentuh hati auntienya. Dia hanya angguk-angguk yang tidak bermakna.

Itulah dia namanya perbezaan fahaman dan ugama. Masing-masing ingat masing-masing betul dan berakhir dengan masuk syurga.

Tuhan dan syurga itu di mana sebenarnya? Baik jangan dijawab. Dalam persolannya.

Wow! Saudagar hanya faham jual orang lagi untung dari jual unta.

Sabtu, Mei 16, 2009

Back to the Future: 1993 --> 2009


Tak tak ... ini bukan bantai KJ.

Ini Back to the Future. Video bulan Jun akan datang tapi dah keluar dulu ...

Ini bukan rasuah politik wang. Hehehe ... cuma rasuah politik pakai riyal, bukan ringgit ...

Ini macam sama dengan 1993. Permulaan ...

Ini macam sama pertuduhan susah untuk buktikan. Biasalah orang Melayu susah nak ngaku ...

Ini namanya pembaharuan puak Erdogan (Er(a) do(ik) ga(arentikan) (u)n(di)) ...
Satu dah hampir no more. Satu lagi bakal mapuh. Hidup la komunis dan zionis ...

Wow! Lagi untung jual orang dari jual undi

Jumaat, Mei 15, 2009

Selagi tak "Satu Sekolah", saya taruk awak terbaring


Kalau ikut Perlembagaan Persekutuan, mahkamah kena menggunakan bahasa kebangsaan. Perlembagaan menyebut bahasa kebangsaan sebagai bahasa Melayu dan bukan bahasa Malaysia.

Janjinya 10 tahun lepas Merdeka, tak boleh lagi guna bahasa Inggeris. Tapi penggunaan bahasa Inggeris dalam perbicaraan dan perjaniian masih diamalkan. Jadi sampai bila loyar kita boleh mengaku menghayati apa dalam perlembagaan?

Banyak sebab dari segi masaalah praktikal. Terjemahan lambat, pendidikkan undang-undang dalam bahasa Melayu pun lambat, sikap peguam-peguam yang lebih condong kepada barat, banyak cekadak pun ada, dan lain-lain.

Ana malas mahu salahkan sesiapa tetapi penguasaan bahasa Melayu dikalangan peguam lemah. Kalau dipaksa pun, ia tidak mempertingkatkan martabat bahasa Melayu.

Bayangkan apa punya buruk bunyinya jika "watching brief" diterjemah secara literal.

Dengarkan ini. Dalam kes Pembunuhan Altantunya, Karpal Singh mewakili belah keluar mendiang Altantunya sebagai pemerhati dan untuk membuat "pandang seluar dalam."

Dalam kehangatan perbicaraan, peguam satu pihak membuat "cross examine". Disalah terjemah sebagai "periksa pangkah".

Apa akan diterjemah dalam Melayu bila dia sebut "I put it to you that you are lying?" Dah berbunyinya "Saya taruk sama awak hingga awak terbaring."

Macam mana pun, kena ikhlas dan berusaha untuk menyatukan rakyat untuk jadi "1Malaysia".

Cara terbaik adalah "Satu Sekolah untuk Semua."

Sekolah itu pun "Satu Bahasa". Barulah "Satu Bangsa Malaysia". Tercapai rasa "Satu Negara".

Baca Deminegara sini dan isi petition online sini untuk menyatakan sokongan.

Khamis, Mei 14, 2009

Saudagar dan Kad Perniagaan

Pemberian kad perniagaan merupakan satu amalan dan sudah mula jadi adat dalam dunia perniagaan Malaysia. Walaupun tidak selumrah di luar negara, tiap-tiap kali kita jumpa rakan atau kenalan lama yang berniaga, kita bertukar-tukar kad terbaru.

Setelah pulohan tahun campur dengan orang biznes, ana dapat lihat macam-macam pe'el biznesmen atau lebih layak dipanggil saudagar-saudagar menjual sikat.

Sudah pasti saudagar-saudagar ini title mesti besar. Tak kira pejabat ada hanya 10 orang, tetapi jawatan kena bunyi gah untuk beri anggapan empunya kad ini mempunya kedudukkan untuk buat keputusan dan berbincang.

Masing-masing mengaku Chairman, Executive Chairman, Managing Director, Principal, President, dan macam-macam nama.

Yang jelas, ada trend yang kelihatan dalam biznes yang dijalankan.

Pada tahun-tahun 1990an, kegiatan syarikat bunyinya hebat-hebat. Ahli perniagaan kita terlibat dalam Engineering, Manufacturing, Precision Engineering, Construction, Logistic, Fund Management, dan lain-lain kegiatan ekonomi khusus.

Masuk pertengahan dekad 2000, kegiatan dalam name card berubah kepada General Trading, Consulting, Marketing, dan lain-lain. Ada yang terer bunyi biznes luar negara. Entah untung, entah tidak.

Masuk tahun 2009, banyak pulak kegiatan pada name card bertulis General Business. Kira semua boleh - bela kambing hingga jual enjin Airbus A380 termasuk Airbus itu sekali.

Wow! Asal jangan bersaing dengan ana jual orang dan jual unta

Rabu, Mei 13, 2009

Tourism Malaysia: Welcome to Perak


As you leave the busy hub of Selangor and head north towards Perak, the character of the land changes from an urban profile to a scenic, undulating countryside. Here and there, you will glimpse pleasant plots of farmland, palm oil and rubber plantations. The magnificent view is set against a background of green jungle and jagged limestone hills.

Covering some 21,000 sq. km., Perak lies between Kedah in the north and Selangor to the south. The Main Range mountains cut across the state of Perak, standing in dramatic juxtaposition to the flat, steaming plains of the western coastline.

Often referred to as 'The Land of Grace' for its laid-back, timeless beauty.

Perak is divided into nine districts.


Each district has its own characteristic beauty and history, and tourist attractions. that include old-style Anglo-Malay and Chinese mansions, colonial buildings, ancient limestone caves, temples and cool hill stations such as the Bukit Larut (Maxwell Hill) station.

Its major towns include lpoh, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk lntan and Lumut, Kuala Kangsar is the royal town of Perak, while lpoh is the administrative centre and state capital.

For centuries, Perak was renowned for its rich tin deposits. It is believed that the state derived its name, which means silver in Malay, from the silvery tin ore. Despite the 'tin slump in 1983, it has succeeded in restructuring its economic development, resulting in continuous industrial growth. A sound infrastructure and facilities of international standard make it an ideal environment for business enterprise.

Originally an obscure kampung with dilapidated buildings, Ipoh, the town that tin built, has become one of the largest cities in Malaysian. Poised to become a focal point of industry, business, investment, education and social activities, Ipoh reflects the overall progress and development that the state is experiencing.

DESTINATIONS

Kellie Castle
Kellie's Castle was meant to be a home away from home for Scottish Planter, William Kellie Smith in the 20th century. Being far away from home, Kellie desired his new residence to be reminiscent of his home back in Scotland. The castle is perched on top of a hill in what used to be a rubber estate.

Pangkor Island
Pangkor, with its charming mix of fishing settlements and resorts, is a fascinating and convenient holiday destination. It presents the visitor with a rare chance to live near fishermen and observe their lifestyle and also to simply enjoy the fine beaches and resort amenities.

Tempurong Cave
The cave is probably the largest natural limestone cave in Peninsular Malaysia. Located in the vicinity of Gopeng, 24km south of Ipoh, the cave is approximately 1.5km long. It is a truly majestic view of the splendour of the natural view

Pasir Salak Historical Complex
The Complex at Pasir Salak pays tribute to warriors such as Dato' Sagor and Dato' Maharaja Lela. They led the locals against the forces of the British colonial administration. There are memorials erected in their honour, in the shape of a sundang (broad sword), a replica of the type of knife used in the killing of Mr. Birch.

Perak Royal Museum
The Museum was built originally as a royal residence in 1926 and previously known as Istana Kenangan, Istana Tepas and Istana Lembah. It rests majestically on a hilly landscaped Bukit Chandan. The 'saracenic Moorish' architectural facets creates a spellbinding sight for onlookers and visitors to the place. It showcases Perak's Royal regalia as well as pictures and history of the Royal family.

Perak State Secretary Building
The complex is located in the state capital, Ipoh and houses the Menteri Besar office, State Assembly, and government departments. Perak is traditionally divided into Perak Hulu (up-river) and Perak Di Hilir (down-river). Modern Perak practise Constitutional Monarchy. Currently, Perak claimed to have two Speakers for the State Assembly. The Menteri Besar uniquely change colour frequently; from white to black, then white and black again.

Selasa, Mei 12, 2009

Sidang akhbar Anwar Ibrahim


"....keputusan ini adalah sangat tidak adil. Ini hanya menunjukkan mahkamah tidak telus dan berlaku campurtangan pihak UMNO dalam proses keadilan. Nizarrrr sepatutnya kekal sebagai Menteri Besarrrr. Dia masih belum lagi meletakkan jawatan, maka adalah salah untuk Zambry mengambialih jawatan Menteri Besarrrr Perak.

Kami di Pakatan Rakyat akan berjuang dan melawan habis-habisan sebarang kezaliman dan penafian keadilamn ..."
Seorang pembantu mencuit Brader Anwar Bin Ibrahim ditengah-tengah memberi kenyataan di sidang akhbar berkenaan krisis Perak.

"Apa? Ada apa? Sekejap tuan-tuan dan puan-puan ..."
Pembantunya membisik sesuatu di telinganya. Nizar menang dan bukan kalah. Dia memberitahu maklumat terbaru yang diterima. YB Brader Anwar Bin Ibrahim tersilap. Dia mengharap kalah kah?

"Tuan-tuan dan puan-puan, ini maklumat terrrbaru. Mahkamah tinggi telah mengumumkan keputusan dan Nizarrrr masih kekal sebagai Menteri Besarrrr. Alasannya adalah dia belum meletakkan jawatan dan hanya melalui undi tidak perrrrcaya baru dia diturunkan dari jawatan Menteri Besarrrr.

Saya bagi pihak Pakatan Rakyat merasa amat gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di atas usahanya membawa reform kepada sistem keadilan mula membuahkan hasil. Syabas kepada pihak mahkamah di atas keberanian untuk menegakkan prinsip keadilan dan tidak gentarrrr dan lunturrr kepada tekanan dan usaha-usaha untuk menafikan keadilan. Kami di Pakatan Rakyat akan sentiasa menyokong usaha untuk membawa reformasi.

Kemelut ini saya salahkan kepada Dato Seri Najib yang terlibat dalam pembunuhan Altantunya ... "
Mesti balik ke Najib. Wajib.

Apa agaknya Brader Anwar Bin Ibrahim akan kata bila dibisik pula, Zambry mendapat perintah mahkamah untuk penangguhan sementara menunggu rayuan?

Wow! Bagi yang berbaring tengah jalan dan menyerbu pejabat Setiausaha Negeri semalam, keluar! keluar! keluar! ... syoh! syoh! syoh!

Isnin, Mei 11, 2009

Tak kira, hitam hitamlah


Ini kisah mengenai dua orang ipar yang berkahwin dengan dua perempuan adik beradik. Yang sorang putih dan sorang hitam. Untuk memudahkan ana cerita, kita panggil saja yang putih Nizar dan yang hitam Sivakumar.

Satu hari dua ipar ini berbual. Sivakumar memberitahu dengan Nizar keinginannya untuk dapatkan anak yang berkulit cerah. Kedua-dua anaknya berkulit gelap. Dia lihat anak Nizar semua berkulit cerah.

"Macam mana nak dapat anak kulit cerah?" Ditanya Nizar.

Nizar kesian dengan iparnya itu. Dia beritahu, "Saya sebenarnya tidak boleh cerita. Ini petua mak bapak saya. Tapi mengenangkan awak berhajat sangat, saya beritahu."

Sivakumar sangat bergembira. Tak berenti dia memuji Nizar sebagai abang ipar yang baik dan bertimbang rasa.

"Apa caranya? Cara makanan ke? Saya sanggup berenti makan kari dan muruku. Panas kata orang."

"Tidak," Nizar jawab.

Sivakumar tanya lagi, "Ada pakai ubat herba? Ada baca-baca ke?"

"Tidak," jawab Nizar sekali lagi.

Sivakumar terus bertanya, "Ada urut ke? Saya sanggup apa saja, brader."

"Tidak," jawapan yang sama dari Nizar yang sudah mula hilang sabar dengan iparnya. Kalau digari tangan, baru dia diam, Nizar berkata-kata dalam hati.

"Cakaplah. cakaplah. ... Saya mahu dengar. Saya mahu dengar. Saya mahu dengar. Saya mahu dengar. ..." Tak OKU pulak Si Sivakumar.

Betul-betul tak sabar macam Ngeh tak sabar nak bubar DUN Perak untuk letak calun DAP Melayu yang sanggup jadi MB Boneka.

Melepaslah PKR dan PAS.

Nizar pun beritahu. Katanya, "Kalau nak anak putih, caranya senang. Masa tengah bersama isteri jangan masuk habis tetapi separuh jalan saja."

"Oh itu macam? Tak apalah asal dapat anak yang cerah."


----------------------------

Si Sivakumar ini pun mahu dicuba.

Malam itu, selepas anak-anak tidor, Sivakumar mulalah mendeham deham irama lagu Tamil sambail menonton Astro.

Si isteri dah fahamlah apa maksudnya. Dia pun segera masuk ke bilik, membersihkan diri, mamakai sari cantik dan letak sedikit minyak wangi di tengkok.

Sivakumar masuk dan didendangkan lagu Tamil. Bila masuk bilik diam aja dia masuk bilik. Tapi bila suruh orang keluar dewan, kecuh sekampung.

Pelan-pelan di cium isteri dan ditarik perlahan-perlahan sari. Mereka pun bersama dan mahu mendayung.

Dia pun cuba petua yang diberi Nizar. Semasa dia sedang bersama, Sivakumar rasa tidak puas. Isterinya pun demikian dan kelihatan agak kecewa. Dia masih cuba cara si Nizar, tapi tidak juga puas dan mencapai segama.

Lama-lama dia sudah tak tahan. Dia menjerit, "Ah lantaklah. Tak kira. Hitam hitamlah."

Dia terus masuk sepenuhnya.

Isteri dia terkejut dengan jeritan Sivakumar tapi terdiam bila mula merasa madu sebenar. Lama-lama sampailah dia dan isterinya ke arah destinasi yang dituju.

Wow! Kalau nak anak putih pun, jangan sampai jadi remote control. Bagi yang dah anak putih, dah memang boneka komunis.

Ahad, Mei 10, 2009

Teknik mendiamkan tahanan ISA Uthayakumar


Pemimpin Hindraf Uthayakumar telah dilepaskan dari tahanan ISA semalam. Kumpulan 13 yang kedua dilepaskan dari tahanan ISA oleh Dato Najib.

Ana rasa cara Dato Hishamuddin ada tersilap mengeluarkan Uthayakumar. Keluar-keluar dia sudah tunjuk garang dan degilnya. Dia sudah mahu buka parti India sendiri kerana dia tak percaya pada PKR dan DAP. Mungkin dia sedar India macam Sivakumar sudah digila babikan oleh Ngeh.

Sepatutnya Dato Hisham kena faham pengendalian tahanan seperti Uthayakumar perlu teknik yang berbeza. Pakai keris pun tak boleh. Lagi pula menjerit hingga mulut sampai ke telinga. Pengendalian hampir seperti pesalah-pesalah samsu haram.

Menurut polis yang sangat berpengalaman dalam kesalahan sedemikian, pesalah ini sering kali liar dan susah untuk dikawal. Mereka suka meronta-ronta bila ditangkap. Yang paling menyulitkan adalah kebisingan dari mereka ini.

Untuk menenangkan, mereka mesti digari. Otomatik mereka berhenti bercakap dan meronta. Masaalahnya pula ialah mereka tidak boleh terus dibiarkan bergari saja. Ini akan menyusahkan pihak pejabat untuk mengambil statement dan membuat penyiasatan.

Dalam keadaan bergari, pesalah ini akan diam dan enggan bercakap. Bila nak buat penyaisatan, gari perlu dibuka. Baru mereka boleh bercakap. Mereka ini seolah-olah perlu menggerakkan tangan dan kepala bersama mulut untuk bercakap.

Sabtu, Mei 09, 2009

Puisi Sivakumar untuk Isteri

Sivakumar konon bersalaman mesra dengan Setiausaha Kerajaan Negeri yang akan dikasari rakan-rakan komunisnya dalam Dewan dan dilihat Setiausaha Dewan yang tak dapat dipecat. Bersama adalah isteri Sivakumar yang "makan hati ayam".

Biasalah dia orang ini.

Kalau pengawal mereka diberi pakai tie dan wisel untuk jaga bangunan dan lalulintas sekelilingnya, bukan main hebat mereka meniup wisel dan tunjuk kuasa.

Inikan pula apabila diberi pakai jubah dan songkok untuk jadi Speaker. Dengan kuasa di tangan, semua orang nak dipecat, digantung dan diengkar keputusan mahkamah dan Sultan.

Bila sudah berkuasa dan rasa besar, ramai tak tahu yang Sivakumar ada cita-cita. Padahal salah dari hukum syarak ugama Hindu, tapi dia tak dipedulinya. Kepala tengah besar.

Hmmm ... baca puisi Sivakumar pada isterinya.

Bila dipuji suami, isteri Sivakumar jalan pun mendahului isteri Raja Muda Perak

Isteriku ,
Jika engkau bumi,
Akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana
Engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
Begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
Hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta
Bukan hanya bumi,
Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
Menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...
Membaca begitu perasan dan besar kepala Sivakumar terhadap dirinya, si isteri membalas ...

Memendam rasa si Isteri terhadap si Suami yang tak sedar diri

Suamiku
Kita andai sajalah kau mentari
Kerana kulit mu sebenarnya hitam legam

Sang surya yang memberi cahaya,
Aku merelakan engkau berikan
Sinaranmu kepada segala planet
Yang telah TUHAN ciptakan
Kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
Dan....

Aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...
AKAN TETAPIIIIIIII ...

Bila kau hanya sejengkal lilin yang
Berkekuatan 5 watt sahaja,
Jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun
Belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
Di tengah remang-remang pancaran cahaya mu
Yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
Atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!


Hanya dapat melihat dari tepi si Suami memalukan diri sendiri

Please lah....!!! Jangan la nak berangan dey!!
Syukur awak dapat pertama kali ADUN
dan merasa jadi Speaker.

Turunlah
Kerana mereka ada 31
Awak ada 28
Tuanku Sultan sudah titah
Mahkamah sudah buat keputusan.
Jangan sampai saya dan keluarga malu .

Awak nampak gila kuasa
Degil tak mahu turun
Bila dihalau keluar, saya malu.

Namun saya bersyukur
Kini sinar dari kegelapan mu
Tetap hanya untuk ku.

Jumaat, Mei 08, 2009

Babak sidang DUN Perak sebelah tengahhari


Bayangkan wartawan yang sedang cuba mengumpul maklumat dan berita pada sidang waktu belah tengahhari semalam.

Speaker yang kedengaran berbunyi satu pihak bersuara ... Woi woi woi ...

Satu pihak menyambut ... Tak tak tak ...

Kemudian tiba2 dengar ... Tak sah tak sah sah

Balik pula bunya ... Woh woh woh

Bunyi bertukar dari sekejap dengar dan sekejap tak dengar. Bila dengar tak paham apa disebut.

Macam mana mereka boleh tulis berita untuk hari ini.

Akhirnya terdengar YB Hamidah ... "Tuan Speaker, saya usulkan YB SIvakumar dikeluarkan dari Dewan."

"Setuju!"

Lepas tu Sivakumar yang gila babi degil dan diktator terus tukar watak jadi mangsa. Masa tu juga Cina komunis DAP ni tiba2 berlakun jadi mangsa konon ini salah dan ini salah. Tapi sepanjang pagi, perangai betul2 macam pengganas Chin Peng.

Politik, politik.

Khamis, Mei 07, 2009

Tak mahu dengar atau tak boleh dengar

Sivakumar hilang pendengaran akibat dijangkiti penyakit sawan babi S1N3 dari dua rakan parti yang bersamanya

Saya tak mahu dengar, Saya tak mahu dengar, Saya tak mahu dengar ...

Berkali-kali Sivakumar mengulang mahukan 10 orang ADUN BN keluar. Padahal mahkamah sudah batalkan keputusannya sebagai salah.

Tak mahu dengar atau Tak boleh dengar?

Tak boleh dengar itu OKU. Tak layak jadi Speaker dan wakil rakyat. Hehehe ... keluar si keling gila babi ini.

Tengok kawan-kawan komunis DAP macam gengster mahu paksa asak MB Zambery keluar

Betul-betul macam pasar Selayang pagi Ahad. Pasti penyakit sawan babi S1N3 sudah melanda DAP Perak.

Nasib memerintah cuma 11 bulan.

Kasi lagi kuasa pada komunis DAP ... Communist Action Party menyamar perjuang Demokrasi.

Baca Parpukari sini dan Shamsul sini.

Rabu, Mei 06, 2009

Mat Moto pun paham malu


Mereka kelihatan ranggi tetapi geng-geng moto yang bertempiaran memandu moto mereka di lebuhraya-lebuhraya seluruh negara pada hari minggu adalah kegiatan yang sihat.

Untuk berjalan beramai-ramai, ia memerlukan pengurusan dan pakatan. Kegiatan tersebut bukan saja mengirat silatulrahim dalam kumpulan masing-masing tetapi ia menambahkan jaringan kenalan dan sering ekspedisi mereka diiringi amal kebajikan.

Ana nak cerita pasal satu Geng Moto yang semasa pengembaraan mereka berhenti maghrib di sebuah surau untuk solat. Jangan ingat orang pakai jacket leather, rantai dan ranggi tak sembahyang.

Masa nak solat jemaah, masing-masing menjemput yang lain jadi Imam.

"Beb jemput, beb."

"Wa tak bole. Lu la."

"Biar si polan jadi Imam."

"Wa tak boleh. Baik si polan."

Lu, wa, lu, wa
... masing-masing menolak dan mencadangkan yang lain.

Akhirnya semua mencadangkan satu brader bernama Ayim. Pasal Pak dia Pak Imam surau, mereka anggap dia tahu. Semua yang ada sebulat suara bersetuju.

Ayim pun menolak tetapi oleh kerana di desak oleh semua, dia pun terpaksa menerima permintaan ramai menjadi Imam. Sembahyanglah semua.

Semua berjalan lancar. Takbir, fatihah hingga sampai bab membaca surah.

Ayim nak baca Surah Tin... Wat tiin...

Wat tiini waz zaiton ...

Dia terlupa perkataan berikutnya. Diulang lagi ... Wat tiin ni waz zaiton ni wa ...

Tiba-tiba, dia paling kebelakang dan berkata kepada kawan-kawannya yang menjadi makmum.

"Wa tadi kan dah cakap wa tak ole jadi Imam ...!!!"

Wa thurisi neen tak mari, dia melencung ke situ pulak.

"Lu orang mintak wa juga. Lu orang kecoh la. Kasi wa malu aja."

Batal semua jemaah.

Tak ada pulak yang tahu mufarakah untuk ganti dan ambilalih tugas Imam semasa dalam sembahyang. Nak cari Imam pun susah. Ini pula makmum yang tahu ambilalih Imam dalam sebahyang.

Ada pengajaran di sini.

Selalu kita dengar ceramah mengenai sembahyang jemaah sebagai contoh model kepimpinan dalam Islam. Imam dipilih dari kalangan jemaah dan yang diterima jemaah. Bukan setakat pandai, bijak dan berpengetahuan, tapi kena ada penerimaan.

Dalam Islam, kepimpinan tahu tanggungjawab berundur bila tiada kemampuan atau tidak lagi diterima majoriti. Bila 16(6) sebut mesti turun, maknanya turun. Tak turun tak maknanya tak meluhurkan perlembagaan.

Sifat kepimpinan dalam Islam adalah meniru sifat Nabi - Siddeq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Jadi, pemimpin dalam Islam tidak boleh cakap bohong. Ini pula kelentong..

Amanah dan Tabligh ramai faham. Bijaksana yang tak faham. Patutnya gentleman la ... Insan manusia ada maruah nak jaga dan tahu malu. Jangan bawa huru hara dalam dunia.

Hehehe ... jual jangan tidak jual. Siapa pula yang kena jual besok?

Selasa, Mei 05, 2009

Lagu ini ditujukan buat Penasihat MAS baru

Lagu ini ditujukan buat Tun Lah yang dilantik menjadi Penasihat MAS dengan ucapan terbang-terbang selalu.

Kesilapan yang lepas tidak menjadi penghalang untuk maju ke hadapan. Kesilapan yang lepas kamu kena perbetulkan.




Teringat kata-katanya "Kita kena tolong Air Asia kerana ia syarikat Bumiputera."

Muga Tun Lah dapat tolong pulak syarikat kerajaan yang dipunyai semua rakyat.

Isnin, Mei 04, 2009

Berhati-hati dengan perampas mikrofon - Ketua Polis Perak


IPOH Mei 3hb - Ketua Polis Perak, Dato Zulkifli Abdullah mengingatkan pihak kariah Masjid dan Surau supaya berjaga-jaga dengan kegiatan merampas mikrofon dan tugas mengimam sembahyang.

Dalam satu Majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid yang terlibat dalam program peraduan trafik antara sekolah hari ini, beliau mengingatkan beberapa kejadian dimana orang yang disyaki merampas mikrofon di tengah-tengah Majlis untuk berucap. Dia mengaku dirinya sebagai Menteri Besar Perak.

Selain dari itu, Dato Zulkifli mengatakan orang yang sama juga mungkin terlibat dalam beberapa kejadian menerpa ke hadapan untuk menjadi Imam sembahyang. Ini sering menimbulkan ketegangan dengan jemaah setempat dan tuan rumah Majlis yang telah memilih Imam yang akan mengetuai sembahyang.

Pihak polis meminta orang ramai supaya berhemat dalam bertindak dan tidak menggunakan kekasaran.

Kata Dato Zulkifli, apabila ditahan orang ramai dari menggunakan mikrofon dan menjadi Imam, orang yang disyaki akan hanya beredar dari Majlis.

Maklumat dari siasatan terawal mendapati orang yang disyaki menghadapi penyakit tatawumalu yang simtomnya adalah mahu menjadi orang besar dan sanggup lawan sesiapa. Dari maklumat orang ramai, orang ini hanya menurut perintah dua saudara mara Chin Peng dari Setiawan.

Pihak polis akan terus memantau keadaan dan telah memberitahu pihak Hospital di Tanjung Rambutan supaya berjaga-jaga.

Pihak polis mengalu-alukan mana-mana pihak yang boleh mengubati penyakit sedemikian untuk tampil ke hadapan. - Agensi Husin Lempoyang

Sabtu, Mei 02, 2009

Pasal bapaknya Cina

Raheem suka bawak anaknya bila ke kedai. Semasa di kedai, ada saja Makcik tengok dan berbisik-bisik menegnai dia dan anak pompuannya.

Pasal kulitnya yang gelap, selalu orang ingat dia adalah orang India. Kulkit anaknya cerah.

Apabila anaknya yang lebih cerah kulit menyebut nak ini atau nak itu, ada saja Makcik yang menyebut, "Orang Melayu rupanya."

Yang buat Raheem boring, ada satu Makcik ini akan ulang saja perkataan itu tiap-tiap kali anaknya cakap Melayu.

Lama-lama Raheem bersemuka dengan Makcik sorang ni.

"Makcik saya mintak maaf. Saya nak terus terang. Pasal Makscik selalu kata-kata. Saya tak mahu Makcik jangan salah paham. Anak saya ni cerah kulit pasal bapaknya Cina."

Tergamam tak tahu nak cakap apa Makcik itu. Yang dia lihat adalah si Raheem hitam legam. Tapi dia mengaku dirinya Cina. Mana ada Cina kulit hitam legam? Tapi tak lagi dia berkata-kata "Orang Melayu rupanya."

Ini yang susah bila kita lihat orang dari kulit saja. Macam cerita di Perak.

Bila lihat, ingat Tuan Speaker itu gelap India, tetapi yang bercakap itu Cina Setiawan sebenarnya. Semua yang dia kata dan buat datangnya dari Cina Setiawan. Baca sini. Hehehe ...