Khamis, Ogos 06, 2009

Saksi penentu kes kematian Teoh Beng Hock


Empat eksekutif wanita muda berjumpa di Mandarin Oriental untuk hi tea. Lepas mereka salam-salam dan kiss kiss, masing-masing duduk dan order.

"I belanja tau hari ni. Semalam I dapat promotion," kata Liza.

"Wah congrats u. Belanja atau expense account?" Sheeda tanya.

"Belanja la. My new salary akhir bulan nanti." jawab Liza.

"Tak apalah. Inikan company I punya turn kena pow kita. Next month you punya expense account baru," Rina tawarkan.

"Tak baiklah you all ...," Feeza merungut.

"Feeza ... jangan naive. Kat atas superclub tu. Berapa banyak kawan-kawan kita main tibai expense account Khazanah. Sampai seribu sekali lalu." Sheeda terangkan.

"Betul Feeza. Banyak dia orang overpaid. Pangkat VP tapi buat petty Manager level job. Jom kita makan ..."

Sambil makan, Rina bertanya, "What do you all think of the Teoh Beng Hock muder? Before kita tunggu all 97 witness testify, agak-agak siapa bunuh?"

"Mula-mula I ingat MACC. Banyak sangat baca online news. Tapi lama-lama tak lojiklah? Tak akan MACC bunuh dan tingkalkan di situ. Too obvious." Liza memberi pendapat.

"Kita tak boleh teka-teka. Tunggulah siasatan result. But I rule out suicide. Tak akan dia bunuh diri a day before register marriage. Kesian I tengok fiance dia. Kalau I, tak taulah ...," Feeza memberi peringatan.

"You pregnant ke?" Liza sergahnya.

"Essh ... taklah. Tak baik you. I belum kahwin lagi tau." Feeza blushing skit.

"Ok you are right Feeza. Just for the fun of it. Agak-agak siapa?" Rina tanya.

"I rasa Tan Boon Hwa. I was hoping DNA show him tapi tak. But I still am suspicious of him, Roonie Liu and Ean Yong. Maybe dia corroborate dengan some hired gun. Macam professional work." kata Sheeda dengan begitu yakin.

"I thought of that. These days so many people spinning. Pening lah ... latest dada cerita MACC simpan handphone Teoh. Ballpoint MACC ada dalam poket Teoh yang ada kesan darah. Ada some identifiable people masuk MACC office. Tak ada in and out record." kata Rina.

"So Teoh curi ballpint SPRM lah." Feeza menyampuk.

Ketawa semua sekali.

"Ok ok I serious ni. You know what Rina? I rasa saksi ke 98 knows who murdered Teoh. That is the decider." Feeza berpendapat.

"Bukankah ada 97 witness saja..." Sheeda hairan.

"Saksi ke 98 adalah Teoh Beng Hock. Dia saja yang tau ... I nak ke restroom. Tata ... "

Feeza bangun membiarkan ketiga-tiga mereka ternganga dikenakan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau tbh jadi saksi ke 98, ronnie liu keluar tahu hijau.

Tanpa Nama berkata...

kawan-kawan semua mari baca artikel ini, best gila siot!

Piggy whack KJ

Quantum Metal Consultant berkata...

TBH tu banyak sangat tengok drama keliwon kot..

Tanpa Nama berkata...

Lepas makan mereka terus shopping..

Beli kelengkapan set kamar tidur dan tukar semua langsir rumah. Resit jangan lupa simpan. Balik opis esok claim "sumbangan baju raya kepaya anak2 yatim".

Mereka kemudian tala kat hypermarket pulak. Beli keperluan rumah makayah kerana tak lama lagi nak sambut bulan puasa..

Kutip semua resit, jangan lupa.. nak claim dan rekod masuk akaun sebagai "sumbangan keperluan keluarga termiskin"..

Nah takyah dapat gaji bulan2 pun, tiap hari boleh belanja semua!

Jangan lupa simpan SEMUA RESIT TAU!!

JURUAUDIT

Mudskipper berkata...

Sdr HL

Pengerusi DAPSY, Loke Siew Fook telah mengeluarkan satu kenyataan penuh penghinaan dan paling keji terhadap pendakwah saudara Ridhuan Tee Abdullah serta kepada seluruh penganut agama Islam.

Sila lawat laman blog YB Zulkifli Nordin di http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/biadapnya-pemuda-dap.html ATAU laman web haram jadah http://sjsandteam.wordpress.com/ untuk lihat sendiri.

Harap dapat initiate ssesuatu untuk belasah blog haram jadah nih!

Salam hormat

Tanpa Nama berkata...

Yang pasti TBH mati kerana tuhan telah mencabut nyawanya.Sebab musababnya? adalah kerana mendiang telah ditakdirkan untuk mati begitu disitu.DAP dan PKR tubuhlah satu lagi badan penyiasat bebas baru untuk mencari punca kenapa tuhan mahu TBH mati begitu!!.Ahli-ahli badan bebas itu mungkin boleh diambil dari tukang2 telek nasib atau peramal bintang.

Peminat Husin Lempoyang

kassim pantalon berkata...

Hanya seorang sahaja yang boleh menyelesaikan kes ini...beliau adalah penyiasat handalan iaitu
Inspector Conan....