Selasa, Mac 18, 2008

Terbaru: Tiada Tindakan Terhadap Mukhriz


Terbaru: Husin disedarkan dari sedang berwirid tadi. Diberitakan oleh Forum MyKMU sini, tiada tindakan terhadap Dato Mukhriz.

Ini macamlah pahlawan Melayu, cucu Onn Jaafar dan anak Hussein Onn - berani, bijak dan cekap. Barulah segak nak hunus dan cium keris, Dato Hishamuddin. Tapi, jangan keluar dari sarong. Takut salah faham.

Barulah layak untuk bercita-cita bertanding Naib Presiden UMNO. Husin ucapkan selamat mencuba dan muga berjaya.

Bagi Khairy, bersedia menunggu bersara. Nak jadi reporter, reputasi sudah hancur. Nak jadi fund manager, itu temberang tak pernah pun. Untuk jadi Investment Banker, jangan berangan kalau tak ada pengalaman bekerja.

Balik Rembau, bela kobau .... belajar jadi orang Melayu dahulu!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan bela kobau...harga daging dia mahal; bela kawan-kawan...harga diri dia orang murah...

Tanpa Nama berkata...

Khairi oh khairi

Dah jadi menantu PM pun dah untung! Dah bertuah. Berjaya juga cita-cita.

Dulu tinggalkan Nurul anak anwar tu, sebab Anwar kecundang.

Bersyukurlah yan khairi....

hari ini engkau jadi menantu Pm, tapi akan datang bermenantu Pm pula siapa tahu.

Tanpa Nama berkata...

Syabas Pemuda UMNO satu keputusan yang matang dan bernas. Surat Datuk Mukhriz adalah merupakan surat peribadi yang ditujukan untuk tatapan pemimpin tertinggi UMNO seramai 4-5 orang jadi tidak sepatutnya disiarkan merata-rata untuk tatapan umum `ibarat membuka pekung didada'.

Tanpa Nama berkata...

Surat yang tersebar luas mungkin juga dikeluarkan dari Pejabat Setiausaha Agong atau dari office Babah. Tindakan ini mungkin bertujuan untuk mengsabotaj DMM, tapi akhirnya makan tuan.