Jumaat, April 21, 2017

PKR - Parti Kuat Rasuah dan lain-lain singkatan parti


Adam Rusly didakwa pagi tadi atas kesalahan menipu maklumat ketika siasatan.

Satu lagi tuduhan adalah untuk Money Laundering berkaitan rasuah dengan "cara meminta dan menerima rasuah daripada syarikat2 utk mendapatkan projek dari kerajaan negeri Selangor".

Disebabkan budak YB Zuraidah Kamaruddin terkantoi, kini PKR yang sebenar bakal diketahui semua.

Orang lama memang tahu kelibat Anwar Ibrahim ketika dia Menteri Kewangan. Maka jadilah PKR sebagai Parti Kuat Rasuah.

Bagi menutup salahlaku, cara mereka macam Rafizi adalah dengan Perlu Kelentong Rasuah untuk tuduh UMNO.

Inilah dia.

Khamis, April 20, 2017

Tubuh saja parti Tupperware


Usahlah nak berhelah konon Cikgu Kamaruzaman tidak buat kerja atau diugut, Husin faham benar ketiga-tiga M. Budak hingus baru nak dekati politik, bolehlah ditipu.

Takkanlah sampai pengasas PPBM yang merupakan Setiausaha Kerja dan pentaksub boleh keluar PPBM atas alasan kabur dengan perjuangan.

Kemungkinan perjuangan tiga-tiga M memang sudah lari dari asas dari asal lagi. Jika masih ada perangai lama mengamal kronisma dan nepotisma, sudah betullah tu.

Rabu, April 19, 2017

Jangan salah sangka


Ini bulan Rejab, bulan depan Syaaban dan kemudian itu dah masuk Ramadan. Kita perlu mula bersihkan diri untuk bulan-bulan yang mulia.

Maka jauhkan diri dari fitnah dan buruk sangka. Itu cuma minum air limau di London. Entah betul atau tidak di London.

Ini masaalah orang kita yang mudah termakan hujah jangan buruk sangka hingga membiiarkan  kekufuran dan fasiq.

Bukan kali pertama. Masa collage gambar keluar, si ibu sudah nafikan dan pertahankan si anak dara.

Gambar kedua di disco, kedua-dua mereka pasangan menafikan. Kali ini, ianya sudah kata serang peribadi pula .....

Selasa, April 18, 2017

GST, BR1M, Adam Rusly dan Azmin Ali


Suatu hari Abu pergi ke kedai untuk beli selipar yang berharga dalam RM10.
Abu: Tauke,, selipar RM 10 ada kah ???

Tauke: Ada....Nahh....
Abu pun bayarlah RM10. Tiba-tiba tauke mintak lagi ....

Sabtu, April 15, 2017

Rupanya marah pada PAN


Dekat-dekat hendak pilihanraya, masing-masing timbulkan provokasi untuk pihak lawan dibenci.

Entah apa poster penyokong PKR yang dibantu pemimpin DAP mahu pengaruh pembaca untuk membenci.

Khamis, April 13, 2017

Diktator diakhir hayat ....


Mereka yang berfikiran diktator berpakaian sama.

Khabarnya akan tinggalkan PPBM untuk pegang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan ekoran Lim Kit Siang tidak sedia memegang jawatan tersebut. Sedia diterima setelah anggap Lim Kit Siang yang biadap macam komunis sebagai patriot.

Mat Sabu rasa syok sekejap sahaja mempengerusikan mesyuarat tetapi akhinya bukan dia menjadi Pengerusi. Seteru lama puluhan tahunnya juga yang diterima.

Jika menang, dia bakal kembali menjadi Perdana Menteri.

Selasa, April 04, 2017

Bukan masaalah ugama, tapi masalaah Keling


Dalam kenyataan bertarikh April 5hb, 2017, Ustaz Zamihan, Presiden ASWAJA mendesak kerajaan menangguhkan Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) kerana menurutnya, ia melanggar hukum syarak.

Facebooknya di SINI.

Husin serba salah dalam hal undang-undang yang melibatkan membuat sesuatu pilihan. Susah bila pilihan bermakna pihak yang lain tidak akan berpuashati.

Baik Ustaz Zamihan mahu pun kerajaan perlu fahami punca masaalah ugama anak bukan berpunca dari ugama Islam atau ugama lain.

Ia masaalah mereka-mereka yang diserang penyakit Keling.


Jumaat, Mac 24, 2017

Pentaksub kena cekut mencuri di supermarket


Ada seorang pentaksub Mahathir yang kuat sebar fake news sudah masuk supermarket.

Pengawal perhati dia baik-baik hingga nampak pentaksub ambil air jus sebotol, tapi gula sepeket di masuk dalam jaket.

Masa di kaunter, pentaksub membayar untuk jus sahaja. Gula yang disimpan dalam jaket dia buat diam.

Rabu, Mac 22, 2017

Logo sesuai untuk Pakatan Harapan


Menurut Raja Petra dalam Malaysia Today, Tun Dr Mahathir berjaya yakinkan Lim Kit Siang ikut kehendaknya.

Mahathir mahu Pakatan Harapan bertanding bawah nama PH dan logo yang satu.

Rabu, Mac 15, 2017

Perasuah penjawat awam mencecet lari


Sejak SPRM bawah ketua baru, mereka telah memberkas pegawai-pegawai kerajaan yang korup, Tan Sri-Tan Sri yang lari dari bayar cukai dan lain-lain salahlaku.

Selasa, Mac 14, 2017

Hishamuddin ada senjata rahsia lawan Korea Utara


Semalam, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali meminta semua piihak jangan buat kenyataan tentang krisis dengan Korea Utara melainkan Dato Najib dan Dato Ahmad Zahid Hamidi. Menurutnya Malaysia masih boleh berunding terus, maka komen dari orang lain boleh membantatkan rundingan.

Media pro-pembangkang ini nakal. Mereka calling-calling kawan mereka dan terus serang hendap Dato Hishamuddin dengan soalan. Dia tidak tahu kenyataan Peguam Negara dan sebagai Menteri, dia perlu menjawab.

Maka media pro-pembangkang berjaya membuat seolah-olah Hishamuddin sudah melebihi Najib dan Zahid bila dia membuat kenyataan. Selalunya mereka akan spin jawapan dari soalan serang hendap.

Kenyataan Hishamuddin di spin seolah-olah berkata, kita bersedia berperang menentang Korea Utara. Halus dan jahat FMT ni. Kuncu-kuncu Mahathir lah yang dok bayar duit pada mereka dan Sinar Harian setiap bulan-bulan.   

Sabtu, Mac 11, 2017

Yang rendah, jangan disangka tidak tegak ....


Minggu lepas di Dewan Rakyat .....

Timbalan Yang di - Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di - Pertua. Saya bila mendengarkan Yang Berhormat Bagan Serai bangun berdiri menyanyikan lagu berkaitan dengan elemen patriotis me, lebih - lebih lagi memperjuangkan veteran angkatan tentera, saya terpanggil untuk berdiri.

Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai, saya baru sahaja dilantik sebagai Komander Kehormat bagi Tentera Laut Diraja Malaysia. [Tepuk] Apabila saya bertemu dengan golongan angkatan tentera...

Timbalan Yang di - Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kuala Selangor, cukupkah?


Jumaat, Mac 10, 2017

Dari jadi satu lagi badut, elok jual frozen seafood


PKR ada satu jawatan yang digelar Pengarah Strategik. Peranannya ingatkan adalah untuk sesuatu yang strategik tetapi hanya cuba memprovokasi isu.

Sebelum ini, peranan tersebut dipegang oleh Saifuddin Nasution, Nik NAzmi dan Rafizi Ramli. KIni dipegang oleh bekas pembantu Dato Seri Anwar Ibrahim, Sim Tze Tzin.

Hari ketiga sidang parlimen semalam, dia telah mengesahkan peranan jawatan itu sebenarnya adalah jawatan Pak Badut:

Rabu, Mac 08, 2017

Cadangan "misi perdamaian" DAP sangat baik


Malaysiakini melaporkan satu sidang akhbar di Parlimen semalam dimana DAP mencadangkan agar satu pasukan "misi perdamaian" Parlimen di wujudkan untuk membebaskan rakyat Malaysia yang  dijadikan tebusan.

Pasukan tersebut terdiri dari wakil-wakil ahli Parlimen dari BN dan pembangkang

Ia merupakan satu sikap yang baik untuk bersatu ketika negara sedang berhadapan krisis antarabangsa dan rakyat Malaysia terancam. Tidaklah seperti sikap yang ditunjukkan sesetengah pihak ketika Lahad Datu diserang terroris kaum kerabat Shafie Apdal.

Malah ia tidak seharusnya terbatas kepada ahli-ahli Parlimen tetapi ahli-ahlli politik dan negarawan.

Isnin, Mac 06, 2017

Masa bersedap, kenapa tidak talipon YB?


Menteri Luar, Dato Anifah Aman sering ke luar negara atas urusan negara.

Anifah baru balik dari Eropah atas urusan Rohingya, baru saja selesaikan urusan lawatan Raja Saudi Arabia, dan terbaru penghantaran pulang Duta Korea Utara, kini dia berada di Jakarta, Indonesia untuk satu persidangan.

Maka dia tidak dapat meruangkan banyak masa di kawasannya di Kimanis, Sabah seperti wakil rakyat lain. Begitulah wakil-wakil rakyat yang pernah pegang jawatan Menteri Luar Negara.

Anifah banyak dibantu anak-anak dan wakil-wakilnya di kawasan.

Jumaat, Mac 03, 2017

Memahami RUU 355


Susah sangat pelbagai pihak nak faham Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) untuk naiktarafkan kuasa menentukan hukuman mahkamah syariah. Nak faham, fahami ceritanya berikut:

Isnin, Februari 27, 2017

Jangan ikut orang tiada kawan


Obama datang dikata berbaik dengan Yahudi. China datang dikata pula jual negara kepada komunis.

Kini, Raja Salman datang dikata tiada duit dan tak ikhlas bersahabat dengan Malaysia.

Bila Jokowi datang bakal dihina sebagai kawan dengan orang gaji dan buruh kasar

Entah apa penyakit bangang dalam negara kita ni. Semua salah dan tak betul.

Ramai pula main ikut cakap orang yang tidak ada kawan.

Khamis, Februari 23, 2017

Kerusi kantin Parlimen tidak boleh kira


Husin terbaca rencana Utusan Malaysia hari ini yang menegur MCA dan Gerakan supaya berhenti bersikap malu dan segan.

Selalunya orang Melayu yang sering dipetkatakan bersifat malu dan segan. Kali ini, parti Cina dan majoriti Cina dalam BN pulak yang malu dan segan.

Namun Husin bangga dengan seorang pemimpin kaum Cina Pulau Pinang dari parti Cinta Malaysia, Dato Huan Cheng Guan.

Selasa, Februari 21, 2017

Begini rupa bila Mahathir, Zaid Ibrahim berjaya ambilalih kerajaan


Mahathir sindir Zaid agar duduklah lama-lama sedikit dalam satu parti. Kit Siang kata tiada primadona dalam DAP. Hanya Lim Guan Eng saja layak kata, "Ini parti bapak aku!"

Membaca sindiran Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang terhadap Dato Zaid Ibrahim ketika majlis pengumuman masuk DAP, susah nak percaya mereka boleh capai sesuatu bersama. 

Tidak sampai berapa hari, Zaid menyatakan pandangan peribadi supaya Mahathir dijadikan Ketua Pembangkang. Terus diserang oleh Gobind Singh dan lain-lain pemimpin.

Sudah kacau progam orang.

Ahad, Februari 19, 2017

App cari arah lagi hebat


Ada App baru pencari arah yang anda boleh muat turun. Lebih hebat dari Waze dan Google Maps.

Boleh tahu tempat yang dicari untuk masa depan. Itu yang nama App bernama FutureFinder.